CUTI sekolah sudah pun bermula dan sudah menjadi kelaziman para ibu bapa membawa anak-anak keluar berjalan-jalan.
Ada yang pulang ke kampung, ada yang melancong ke luar negara dan ada juga menikmati percutian di dalam negara.
Bagi mencipta sedikit kelainan, seorang bapa membawa keluarganya bercuti di sebuah chalet di Hulu Langat, Selangor.
Suasana sekitar chalet di Hulu Langat, Selangor.
Bercuti di chalet mungkin kedengaran biasa tetapi apayang luar biasanya adalah keluarganya perlu bermalam dengan buaya di chalet berkenaan.
“Awal tu suami cakap ada sekian sekian (buaya), kita memang tak lanak percaya sebab dia suka merepek sikit.
“Ni pertama kali tengok orang bela haiwan macam ni. Terkejut kami,” kongsi seorang wanita.
ARTIKEL BERKAITAN:Jinak nak peluk pun boleh! TikToker ini bela 6 ekor buaya di rumah, terpengaruh tonton ‘Crocodile Hunter’
ARTIKEL BERKAITAN:Pesawat terhempas di kawasan paya, 5 mangsa nyaris dibaham buaya
Jelasnya, selain buaya, chalet berkenaan juga membela pelbagai haiwan lain seperti ayam, kucing, burung dan kura-kura.
Perkongsian itu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan netizen yang risau seandainya kanak-kanak terjatuh ke dalam kolam buaya berkenaan.
“Jauhkan la budak-budak terjatuh kat dalam. Ya Allah seram!” katanya.
Tak boleh panjat sebab tembok tinggi.
PENGINAP CHALET
Namun, wanita itu memaklumkan langkah keselamatan sudah diambil oleh pemilik chalet.
“Tak boleh panjat sebab tembok tinggi diaorang buat. Kalau ada yang panjat, memang kena la. Pemilik pun ada pasang kamera litar tertutup (CCTV),” jelasnya.
Pemilik chalet sudah mendapat kebenaran daripada Jabatan Perhilitan untuk membela buaya.
Sementara itu, seorang warga maya memaklumkan buaya yang dibela itu tidak berbahaya kerana ia adalah buaya jenis Smooth-fronted Caiman.
Buaya berkenaan atau nama saintifiknya paleosuchus trigonatus dikategorikan sebagai buaya kerdil, tidak agresif dan sejarahnya tidak pernah mencederakan apatah lagi menggigit atau makan manusia.