RSS Suria

Satu famili makan sampai licin pinggan, tiba di cashier merungut tak sedap! Dah dapat diskaun minta ‘free dessert’ pula

PEMILIK restoran atau peniaga makanan tidak dapat lari daripada berdepan dengan pelbagai kerenah pelanggan.

Seiring perkembangan zaman dan kemajuan teknologi, ragam pelanggan juga bertambah ‘maju’ sehingga adakalanya tidak dapat diduga oleh peniaga.

Menerusi satu hantaran di laman Thread, seorang individu berkongsi pengalaman melihat taktik kotor pelanggan yang mencuba nasib untuk mendapatkan makanan percuma dari sebuah kafe yang dikunjungi.

Kerenah pelanggan terpaksa dihadapi golongan peniaga. -Gambar hiasan

“Ada satu keluarga ni, dah habis makan baru cakap makanan semua tak sedap lepas tu dok ‘nego’ dengan kedai nak diskaun 50 peratus sebab rasa tak seperti diharapkan.

“Bro, masalahnya semua makanan tu habis. Kamu berenam order makanan dan setiap orang makan sampai licin pinggan.

“Lama juga si bapa dok ‘nego’ kat cashier, cakap ini tak kena itu tak kena,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemilik kafe buntu pelanggan lepak berjam-jam, ‘nikmati’ sepuasnya WiFi dan elektrik percuma – "Pesan air putih, croissant je"

ARTIKEL BERKAITAN: Makcik tapau lauk RM32 dituduh mencuri, peniaga dedah helah lepas periksa CCTV… Rupanya pergi kaunter hanya ambil tisu!

Disebabkan rungutan dan aduan tersebut, pihak restoran akhirnya bersetuju untuk memberikan diskaun 10 peratus namun pelanggan terbabit masih tidak berpuas hati.

Sebaliknya, dia meminta pula diberikan manisan yang dijual di situ diberikan secara percuma sebagai ‘pampasan’.

“Bro! Kau pertikai fasal semua makanan di kedai tu yang tak sedap dan kau masih tak ada rasa malu untuk minta dessert percuma,” katanya.

Menurut individu ini lagi, pelanggan terbabit juga seolah-olah bangga dengan apa yang dilakukan seperti mana dapat dilihat menerusi reaksi yang ditunjukkan kepada anak-anak sebaik sahaja dia kembali ke meja.

Tindak-tanduk ibu bapa menjadi teladan kepada anak-anak. -Gambar hiasan

“Bia balik ke meja dia nampak bangga sambil bawa manisan percuma yang dia dapat.

“Siap cerita dengan anak-anak remajanya sebelum diaorang balik, air percuma satu jug pun dia habiskan satu titik pun tak tinggal,” katanya.

Individu itu berkata, dia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kafe itu dan bukanlah merupakan pemilik kafe tetapi mengakui ia terletak dekat dengan tempat tinggalnya.

“Saya bukan pemilik kafe itu ya, cuma ia terletak di kawasan kejiranan… Kafe lama yang ramai orang tahu dan memang tak ada masalah pun makanan dia,” katanya.

“Kalau tiada duit buat cara tiada duit, masak sendiri atau beli je dekat pasar malam. Ni tak, berangan nak makan dekat kafe.”

SAKSI KEJADIAN

Susulan menjadi saksi kepada kejadian ini, dia menasihatkan pemilik restoran agar lebih berhati-hati apabila berdepan dengan pelanggan sedemikian.

“Tak ada duit tapi nak makan kat kafe lepas tu buat hal, nasib baik tak berlarutan sampai jadi pergaduhan.

“Bang, lain kali tak ada duit buat cara tak ada duit. Masak sendiri atau beli je kat pasar malam, tunjuk contoh baik kepada anak-anak.

“Pemilik kafe sila pastikan staf anda tahu cara nak kendalikan pelanggan macam ni yang suka ambil kesempatan,” katanya.

Menjengah ruangan komen, ada netizen yang berkongsi pengalaman serupa.

“Kejadian depan mata 10 tahun lepas, anak beranak ‘order’ set ikan siakap tiga rasa, dah habis makan baru panggil waiter kata rasa masam tak cukup, ikan tak garinglah, siap ‘mengajar’ pula.

“Buruk perangai tak ‘semenggah’ macam ni, padahal restoran tu sedap je masak.

“Dah memang cara dia masak macam tu, kau makan je la. Kalau nak ikut cara kau baik kau masak sendiri je lah makan kat rumah,” katanya.

Reaksi netizen

Bagaimanapun, ada netizen yang seolah-olah tidak menyalahkan pelanggan tersebut sepenuhnya.

Dia secara peribadi beranggapan bahawa pelanggan yang tak berpuas hati tetapi memilih berdiam diri sama sekali tidak mampu menjamin kualiti makanan dan servis di sesebuah kedai.

“Andai kata makanan tak sedap pun, terpaksalah makan juga sebab tak nak membazir. Kalau bagitahu owner takut jadi kes macam ni la.

“Pernah sekali tu dapat makanan yang langsung tak boleh nak telan, bau pun dah loya. Owner suruh datang balik, lain kali dia belanja. Tapi itulah terakhir kali datang,” ujarnya.

Scroll to Top