SUAMI penyanyi Zehra Zambri enggan berpindah keluar daripada rumah kelamin mereka kerana mahu melindungi dan menjalankan tanggungjawab sebagai bapa terhadap anak perempuan tunggal mereka.
Iqwan, 42, berkata, tiada sebab mengapa dia perlu keluar daripada rumah tersebut malah dia yang membayar ansuran bulanan kediaman tersebut sejak mereka mendirikan rumah tangga.
“Saya bayar rumah itu selama tiga tahun. Saya mahu lindungi anak, kepentingan saya dan harta.
Iqwan masih jalankan tanggungjawab sebagai bapa.
“Dia selalu kata banyak luang masa dengan anak sebab dia tiada kerja. Tanyalah dia anak tidur dengan siapa?
“Walaupun tiada hubungan kelamin, kami masih menjalankan fungsi sebagai ibu bapa,” katanya kepada mStar.
Iqwan berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas sebutan kes permohonan cerai yang dibuat Zehra di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi pada pagi Khamis.
ARTIKEL BERKAITAN:Suami dakwa Zehra Zamri panas baran, pernah kena pukul sebab peminat like gambar IG
ARTIKEL BERKAITAN:Hanya bercakap fasal anak, Zehra Zambri dan suami masih tinggal serumah
Ia juga sebagai jawapan kepada kenyataan Zehra yang memberitahu mereka masih tinggal sebumbung walaupun dalam proses bercerai.
Dalam pada itu, Iqwan memberitahu seperti Zehra dia juga mempunyai sebab enggan menceraikan penyanyi itu seperti diminta.
Iqwan memberitahu sepanjang mereka berumah tangga, dia juga telah berusaha menjadi suami dan bapa yang baik walaupun berdepan dugaan.
Walaupun tiada hubungan kelamin, kami masih menjalankan fungsi sebagai ibu bapa
NUR MOHD IQWAN
SUAMI ZEHRA ZAMRI
“Mana ada rumah tangga tidak bergolak tetapi kalau cepat ‘koyak’ dan tiada usaha hendak perbaiki, inilah terjadi.
“Saya tak setuju dengan alasan cerai diberikan dan sebab itulah saya tak mahu lepaskan secara baik.
“Kalau diperincikan secara betul mungkin saya setuju. Saya juga ada sebab untuk buat begini,” jelasnya.
Zehra memfailkan cerai terhadap Iqwan.
Untuk rekod, Zehra dan Iqwan berkahwin pada 11 November 2021 dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Zahiyah Iqleela yang kini berusia tiga tahun.
Sebelum itu, Zehra pernah bergelar isteri kepada Wan Muhammad Nurhariz Hariri Wan Mohd Effendi pada 14 Oktober 2017.
Bagaimanapun ikatan itu hanya bertahan selama enam bulan sebelum mereka bercerai pada April 2018.
what
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!