RSS Suria

“Saya betul-betul meremang” – Lelaki mohon maaf pandu cara berbahaya, badan gigil nak berak

PEMANDUAN secara tidak berhemah bukan sahaja membahayakan nyawa sendiri, malah turut mengancam keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Di Thread, seorang lelaki tular selepas dia memuat naik permohonan maaf secara terbuka atas tindakannya yang memandu secara berbahaya.

Hantaran itu juga ditujukan khas buat pemandu sebuah kereta Honda yang hampir dilanggarnya.

A women driving while using a mobile phone. Traffice police will strictly enforce the law againtsmotorists caught using their handphone while driving.(17/7/2023). —AZHAR MAHFOF/The Star

Pemanduan selamat adalah tanggungjawab setiap pemandu. -Gambar hiasan

“Kepada pemilik kereta Honda hitam BCW3**8, sekali lagi saya mohon maaf. Saya tak sempat nak bagi signal dan terus memecut tanpa berhemah. Saya minta maaf,” tulisnya.

Namun apa yang mencuri tumpuan, lelaki itu menjelaskan dia terpaksa memandu dalam keadaan berbahaya kerana tidak tahan untuk ke tandas.

“Maafkan saya tuan atau puan yang memandu. Demi Allah, saya betul-betul meremang, gigil nak terberak. Tahi di hujung buntut.

  • Lelaki mohon maaf kerana memandu secara melulu.
  • Hampir langgar sebuah kereta Honda hitam.
  • Alasannya kerana tidak tahan mahu ke tandas.
  • Minta bantuan netizen repost supaya dapat hubungi pemilik kereta.
  • Netizen terhibur dan faham situasi yang dianggap sebagai kecemasan.

“Saya tak kuat untuk menahan. Maafkan saya. Tolong bantu repost supaya owner kereta muncul dan direct message (DM) saya.

“Saya nak belanja hadiah sebagai tanda maaf. Terima kasih,” tulis individu itu lagi.

Dia bagaimanapun tidak menyatakan secara terperinci waktu serta lokasi kejadian itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita cuba tahan, tapi terberak juga dalam kereta! Malang nasib polis pula suruh berhenti tepi

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tampar tangan anak, marah buat kecoh lepas si adik terberak dalam kedai – "Dia tinggal je najis tu!"

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa terhibur dengan hantaran lelaki itu.

Malah kata netizen, mereka faham apa yang berlaku kerana pernah berada dalam situasi sama sebelum ini.

“Kes macam ni (nak terberak) tiada kompromi. Dah kena pecut je jalan pintasnya.

Motorists is seen approaching Gombak Toll Plaza to going back to their hometown to celebrate upcoming Hari Raya Aidilfitri on April 18.—AZMAN GHANI/The Star

Sikap cuai di jalan raya boleh meragut nyawa. -Gambar hiasan

“Sangat memahami situasi itu. Aduhai, semoga dipermudahkan urusan bertemu pemilik kereta itu.

“Kalau kes macam ni, boleh diklasifikasikan sebagai kes darurat,” tulis beberapa netizen.

Scroll to Top