RSS Suria

“Saya merayu, undurlah diri” – ‘Penyondol’ tak mahu poligami, berani hantar mesej minta wanita bercerai

KISAH cinta tiga segi dan isu kecurangan bukanlah perkara baharu dalam masyarakat.

Bahkan mereka yang dikategorikan sebagai ‘orang ketiga’ semakin berani dan tanpa segan silu meminta pasangan halal berpisah secara terang-terangan.

Situasi sama dikongsikan seorang wanita selepas dia juga diminta mengundurkan diri oleh kekasih suaminya sendiri.

Tangkap layar mesej yang dikongsikannya.

Tangkap layar mesej yang dikongsikannya.

Meskipun kejadian tersebut telah lama berlalu, namun ia kembali segar selepas dia menemui mesej daripada individu terbabit ketika ‘membersihkan’ aplikasi Telegram.

“Makcik tengah clear aplikasi Telegram, buang mesej-mesej tak perlu dan sebagainya.

“Tiba-tiba ternampak satu chat dengan hamba Allah ni, siap ada gambar lagi,” ujarnya menerusi satu hantaran di media sosial.

Pernah terluka dengan insiden yang berlaku itu, namun baginya apa yang terjadi telah menjadi sejarah dalam hidupnya.

ARTIKEL BERKAITAN: 8 tahun kahwin, curang dengan hampir 30 wanita! Isteri anggap suami ‘cinta mati’, rela bertahan demi anak

ARTIKEL BERKAITAN: Suami kerja jurujual berzina dengan janda! Mesej TikTok bongkar segala rahsia – "Sekarang sales dia tak berapa ada"

Malah dia tidak menyangka mesej tersebut akan tersimpan lama di dalam telefonnya.

“Seketika dulu, ia amat melukakan. Sekarang semua dah berlalu, tak sangka makcik simpan sebegitu lama mesej ni.

“Sekarang dah jadi sejarah,” tambahnya yang turut berkongsi tangkap layar mesej berkenaan.

Menerusi paparan tersebut, individu yang dipercayai kekasih suaminya itu, tanpa segan silu menyatakan keengganan untuk bermadu.

Tak malunya penyondol ni suruh si isteri undur diri.

WARGA MAYA

Bukan itu sahaja, individu turut menggambarkan dia adalah insan penting bagi lelaki terbabit dan sentiasa ada ketika waktu susah.

“Saya cintakan dia sangat, saya tak nak bermadu.

“Dia sayangkan awak, tapi dia lebih sayangkan saya. Saya yang peka tentang kebajikan dia dan saya yang banyak bersusah payah bersama.

“Saya merayu pada awak, undurlah diri,” demikian mesej yang dihantar individu terbabit.

Seolah-olah terkedu dengan mesej yang diterima, dia kemudiannya menyatakan kesediaan untuk mengundur diri.

Warga maya turut meluahkan rasa geram pada kekasih suaminya itu.

Warga maya turut meluahkan rasa geram pada kekasih suaminya itu.

Namun begitu katanya, ia tidak akan dilakukan serta merta sebaliknya pada suatu hari nanti.

“Saya akan (undur), satu hari nanti tapi bukan hari ini (I will, one day but not today),” ujarnya membalas kata-kata kekasih suaminya itu.

Perkongsian ringkas itu mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya.

Kebanyakannya meluahkan rasa terkejut kerana ‘orang ketiga’ semakin berani bersuara seolah-olah mempunyai hak.

“Tak malunya penyondol ni suruh si isteri undur diri.

“Dia suruh undur tu macam dia pula yang berhak.

“Kadang-kadang yang dah lama kita simpan tu, apabila terbuka semula, boleh rasa balik segala luka lama,” demikian reaksi warga maya.

Scroll to Top