RSS Suria

“Saya pula kena jadi hamba dia” – Cikgu geram ibu murid minta ambil kek di pondok pengawal, rimas trend sambut birthday anak di sekolah

KETIKA ini boleh dikatakan ramai ibu bapa yang teruja mengadakan sambutan ulang tahun kelahiran anak mereka di sekolah bersama rakan-rakan sekelas.

Namun trend berkenaan mengundang rasa kurang senang buat seorang guru yang tampil menyuarakan pandangannya menerusi satu hantaran di media sosial.

“Saya bukan menidakkan keinginan ibu bapa nak share kegembiraan dengan yang lain.

“Tapi bayangkan bebanan kerja yang tidak perlu anda berikan kepada guru,” tulisnya memulakan luahan di media sosial.

Dia turut berkongsi mesej WhatsApp daripada ibu kepada seorang anak muridnya yang meminta kebenaran untuk meraikan hari jadi kanak-kanak tersebut di sekolah.

Paparan mesej yang diterima guru berkenaan daripada seorang ibu kepada anak muridnya.

Berdasarkan paparan mesej yang dimuat naik guru berkenaan, ibu kepada murid tersebut memberitahu bahawa dia berhasrat mahu menghantar kek dan doorgift buat rakan sekelas sempena hari jadi anaknya itu.

“Nombor satu, no such thing as (tiada istilah) sambut birthday anak di sekolah.

“Kalau setakat bagi goodies, masih boleh diterima. Tapi siap kek, nak kena potong kemudian bagi murid makan dan lain-lain. Bayangkanlah nak urus 35 orang makan, macam mana?

“Dah tentu sekurang-kurangnya 15 minit terbazir hanya untuk sambutan kecil ini,” tulisnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: "Anak aku mula malas belajar" – Ibu bapa merungut sistem kelas campur, murid bijak jadi ‘slow’ terpengaruh rakan lemah akademik

ARTIKEL BERKAITAN: "Cikgu pun tak semua bijak" – Tak mahu kecoh-kecoh, guru ‘didik’ ibu bapa merungut kerja sekolah anak bertimbun… senang, tak ada yang sakit hati!

Apa yang membuatkan guru berkenaan bertambah geram, dia seolah-olah diperlakukan seperti orang suruhan apabila diminta mengambil kek di pondok pengawal keselamatan sekolah.

“Dah la mak bawa kek krim. Suruh teacher ambil dekat guard. Saya kena jadi servant (hamba) dia pula.

“Saya ada cadangkan suruh bawa cupcake je senang saya nak agih. Kalau murid tak nak makan, boleh simpan. Tapi dia bertegas nak kek krim juga sebab dah tempah.

“Ini bukan skop tugas kami sebagai perancang parti. Cukuplah dengan program bukan-bukan dekat sekolah tu. Saya nak mengajar je, tolonglah… tak nak sambut apa-apa dah,” tulisnya lagi.

Mak aku 30 tahun jadi cikgu tak pernah sikit pun merungut pasal birthday budak nak bawa kek.

NETIZEN

Bagaimanapun luahan guru berkenaan mengundang kecaman majoriti warga maya yang menyifatkan dia terlalu berkira dan tidak memahami perasaan ibu bapa untuk menggembirakan anak mereka pada hari istimewa.

Rata-rata netizen berpandangan bahawa sambutan ringkas di sekolah bukan sahaja memberi kenangan manis kepada anak-anak, tetapi juga mengeratkan hubungan sesama rakan sekelas dan guru.

Reaksi netizen terhadap perkongsian guru berkenaan.

Parents tanya beradab pun kena post dekat Thread. Mak aku 30 tahun jadi cikgu tak pernah sikit pun merungut pasal birthday budak nak bawa kek. Ohh faham … cikgu gen Z.

“Cikgu dah berapa tahun mengajar ni?

“Kalau tak boleh, cakap je tak boleh. Lagi lapar perhatian upload sini,” komen netizen.

Scroll to Top