RSS Suria

Sayang syarikat, komited kerja… Ada staf bangga tak ambil EL dan MC! Auditor tampil perjelas kesannya

CUTI sakit (MC) dan cuti kecemasan (EL) merupakan manfaat yang diberikan majikan kepada setiap pekerjanya.

Namun segelintir individu memilih untuk tidak menggunakan ‘kelebihan’ yang dimiliki gara-gara komited dengan pekerjaan dan tugasan harian.

Perkara sama dilakukan wanita ini yang memilih untuk tidak menggunakan cuti sakit mahupun cuti kecemasan sepanjang tempoh berkhidmat dengan sebuah syarikat.

Kebanyakan pekerja enggan mengambil cuti sakit demi menyelesaikan tugasan yang diberikan. -Gambar hiasan

Kebanyakan pekerja enggan mengambil cuti sakit demi menyelesaikan tugasan yang diberikan. -Gambar hiasan

“Rasa bangga dengan diri sendiri kerana tak pernah ambil EL dan MC,” ujarnya.

Bagaimanapun, wanita ini tidak menggalakkan pengikut laman sosialnya untuk melakukan perkara sama, sebaliknya menasihati mereka supaya menggunakan faedah yang diberikan sekiranya berasa letih bekerja.

“Semakin berusia ni, aku rasa anda semua patut ambil sebanyak mungkin cuti yang boleh. Jujur la, bos tak akan ingat atau hargai pun anda,” tambahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja binaan luah perasaan, kongsi realiti di tapak projek… Semua sepakat mental kena kuat, tahan dimaki

ARTIKEL BERKAITAN: Bos buat majlis perpisahan tapi enggan rai staf ‘resign’ setelah 20 tahun berkhidmat, cuma jemput pekerja bersara awal

Malah baginya, tidak menjadi kesalahan sekiranya gaji seseorang ditolak sebab bercuti melebihi kuota ditetapkan.

“Kalau tolak gaji sebab terlebih cuti pun tak apa. Tahun lepas aku ada dua hari cuti yang tak digunakan, tiada siapa pun yang peduli,” luahnya lagi.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai maklum balas daripada warga maya.

Ia merupakan tanda-tanda seseorang itu terlibat dalam aktiviti penipuan. Oleh itu, selalulah ambil cuti dan untuk kesihatan mental anda.

JURUAUDIT

Rata-ratanya menceritakan pengalaman masing-masing yang tidak mengambil cuti sakit mahupun EL kerana bimbang membebankan rakan sejawat.

“Aku dulu pun fikir sama juga tapi sekarang aku akan guna je MC atau EL apabila diperlukan sebab orang tak hargai pun. Pekerja yang MIA (missing in action) lebih dihargai.

“Aku selalu ingatkan diri supaya jangan kerja separuh mati sebab hari ini mati, esok majikan dapat pekerja baru untuk ganti.

Antara komen warga maya.

Antara komen warga maya.

“Saya antara si bodoh yang berlagak hero untuk syarikat sebelum ni, alih-alih kena buang lepas bekerja lima tahun sebab dituduh pecah amanah,” ujar beberapa warga maya.

Bagaimanapun perkongsian seorang warga maya ini agak mengejutkan berikutan dia mendedahkan pekerja yang tidak gemar mengambil cuti sakit atau bercuti berkemungkinan terlibat dalam penipuan.

“Sebagai juruaudit, aku selalu siasat pekerja yang tak pernah cuti, MC, EL dan mereka yang enggan dinaikkan pangkat.

“Ia merupakan tanda-tanda seseorang itu terlibat dalam aktiviti penipuan. Oleh itu, selalulah ambil cuti dan untuk kesihatan mental anda,” tambahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top