PELAKON Zara Zya sekali lagi menjadi mangsa apabila gambarnya digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mempromosikan perniagaan secara atas talian.
Tidak mengenali pihak terbabit, Zara atau Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 40, meluahkan rasa pelik apabila perkara sama sering berulang.
“Peninglah saya jadinya. Asyik ada sahaja yang guna muka untuk scam orang lain.
Perkongsian Zara di Instagram.
“Saya tidak kenal orang itu dan saya tahu pun apabila ada peminat yang maklumkan. Memang terkejut sebab ada lagi kes begini,” katanya ketika dihubungi mStar.
Zara sebelum itu berkongsi tentang perkara berkenaan di Instastory miliknya pada Khamis berserta tangkap layar sebuah akaun Facebook yang menggunakan wajahnya.
Akaun berkenaan mempromosikan perniagaan atas talian dan menggunakan wajah Zara sebagai testimoni bagi meyakinkan orang ramai.
ARTIKEL BERKAITAN: Zara Zya buat laporan polis, dedah lelaki menyamar jadi dirinya perdaya orang ramai
ARTIKEL BERKAITAN: Syukur kesihatan Zara Zya semakin baik, terpaksa berehat lama selepas diuji empat penyakit kronik
Menurut Zara, dia berasa bimbang melihat keadaan ini terus berlaku kerana semakin ramai yang akan menjadi mangsa dan ditipu.
“Dalam ruangkan komen semua berminat dan percaya dengan apa yang ditawarkan,” ujarnya.
Zara bagaimanapun tidak terfikir untuk mengambil tindakan undang-undang.
Zara minta orang ramai tidak mudah terpedaya dengan tipu helah scammer.
Namun meminta orang ramai supaya bertindak menyekat akaun berkenaan daripada terus melakukan penipuan di media sosial.
“Saya mohon anda semua report dan block akaun ini supaya tiada mangsa yang terpedaya. Berani guna wajah saya,” tegasnya.
Sebelum ini Zara juga pernah meluahkan perkara sama apabila seorang individu menggunakan wajahnya untuk mendapatkan wang secara mudah.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube