BAGI sesetengah individu, memiliki kereta baharu walaupun sekadar model asas sudah dianggap satu pencapaian bermakna dalam hidup.
Di Thread, seorang jurujual kereta berkongsi pengalaman menyentuh hati ketika menyerahkan sebuah Perodua Axia Rahmah kepada pelanggannya.
Menurut Badrul Hisham, dia tersentuh melihat reaksi pelanggannya itu yang memanjatkan kesyukuran selepas impiannya untuk memiliki kereta tercapai.
Perodua Axia merupakan antara kereta yang menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia. -Gambar hiasan AI
“Hari ini hantar sebuah kereta Axia Rahmah. Kereta baru koyak plastik yang paling murah dalam dunia. Ada aircond, steering dan seat je. Lain tak ada.
“Tapi bagi yang tak pernah dapat beli kereta cantik dan mahal, keluar air mata masa ambil kunci. Rasa nak peluk customer bila dia cakap Alhamdulillah.
“Dia kata tak pernah termimpi pun anak-anak dapat merasa pergi sekolah (naik kereta). Biasa naik motor je. Kalau hujan, lencunlah sampai sekolah,” ceritanya.
- Lelaki sebak terima kereta pertama, Axia Rahmah.
- Impian miliki kereta akhirnya tercapai.
- Anak-anak tak perlu naik motor lagi.
- Jurujual beri hadiah tanda sokongan.
- Kisah beri pengajaran erti kesyukuran.
Lebih menyentuh hati, pelanggan lelaki itu turut meluahkan hasratnya untuk pulang ke kampung bagi meraikan kejayaan itu bersama keluarga.
Menurut Badrul, dia juga memberikan beberapa hadiah kepada pelanggan itu kerana terharu melihat kegembiraannya memiliki kereta.
“Dia kata Ahad nak balik kampung, nak bawa mak naik kereta baru ni. Saya selongkar apa benda yang ada, sebonet (but kereta) hadiah dia bawa balik.
ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan kekasih buat ‘loan’ beli kenderaan, kongsi bayar bulanan! Si awek naik motosikal ke ofis, pakwe bergaya pandu kereta baharu
ARTIKEL BERKAITAN: Gadis menyesal bagi ayah guna Axia baru keluar kedai, cuai sampai ‘bumper’ kena sagat! Rasa nak ambil balik, biar guna kereta lama
“Tak kisahlah komisyen RM100 je. Aku nak customer ni rasa pengalaman paling best beli kereta. Tengok cara dia belai dan sentuh kereta dengan jari penuh lembut, macam pegang Ferarri.
“Lama dia termenung depan steering. Di situ kau akan sedar betapa kau kurang bersyukur. Sebak aku ni,” ujarnya lagi.
Kereta paling murah harganya dianggap sebagai barangan mewah oleh individu kurang berkemampuan. -Gambar hiasan AI
Tambah Badrul, dia pastinya tidak akan melupakan pelanggan itu yang dianggap sudah memberikan satu pengalaman bermakna buat dirinya.
Berdasarkan semakan, harga semasa sebuah Perdua Axia Varian Rahmah adalah sekitar RM22,000.