PENYANYI Rezza Shah berpendapat artis baharu sepertinya perlu bijak menggunakan platform media sosial dan bukannya menghasilkan kandungan tidak berfaedah.
Tidak hanya itu, Rezza, 23, juga percaya medium itu juga bukan tempat mempamerkan sikap yang tidak baik seperti tidak menghormati orang lain selain menjaga etika dan profesionalisme dalam berkarya.
“Ada platform macam ini, kita gunakanlah dengan baik. Jangan buat kandungan yang tidak berfaedah.
Rezza berhati-hati menggunakan media sosial.
“Kandungan memetik nama orang itu dan ini… Kena sedar kita ini budak baru dalam industri dan kena hormat orang lebih tua,” katanya kepada mStar.
Rezza yang juga bekas peserta One In A Million 2024 berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran single terbaharunya berjudul Mungkin pada petang Rabu.
Dalam pada itu, Rezza memberitahu sebagai pendatang baharu dia menggunakan media sosial untuk meningkatkan hubungan dengan pengikutnya dalam memperkenalkan muzik dan kariernya sebagai penyanyi.
ARTIKEL BERKAITAN:Emosi Rezza Shah terganggu, sampai mengalir air mata cerita kesedihan tersingkir OIAM
ARTIKEL BERKAITAN:Setiap hari doa, Rezza Shah letak harapan tinggi mahu menang ‘One In A Million’
Dengan menggunakan strategi seperti meletakkan hashtag Indonesia di TikTok, Rezza berjaya menarik perhatian peminat dari negara berkenaan yang mula menggemari lagu dan lakonannya.
“Saya menggunakan media sosial dengan cara yang betul untuk meningkatkan engagement dengan pengikut.
“Dengan strategi meletakkan hashtag Indonesia di TikTok, saya dapat menarik perhatian ramai peminat dari sana yang mengikuti akaun saya.
“Mereka mendengar dan menyukai lagu dan lakonan saya,” ujarnya.
Rezza percaya Mungkin mampu serlahkan vokal nyanyiannya.
Dalam perkembangan lain, Rezzamemberitahu single Mungkin memperlihatkan kematangan vokalnya sebagai seorang penyanyi.
Besar harapannya agar pendengar akan menyukai lagu berkenaan dan menyokong kariernya selepas ini.
Mungkin adalah ciptaan Rudy Nastia, Ku Yen, Barr Hadif dan Kelana dengan lirik oleh Ku Yen, Jebat Asmara dan Rudy Nastia.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp,Telegram,Twitter,TikTok,Facebook,InstagramdanYouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!