RSS Suria

Sedekad tak jumpa, masam muka… Dua beradik warga emas sebak dipertemukan semula – “Sampai tak kenal kakak sendiri”

MOMEN pertemuan semula dua beradik yang pernah membawa haluan masing-masing selama lebih 10 tahun kerana perselisihan faham ternyata mengundang sebak.

Kisah menyentuh hati ini dikongsikan oleh Puteri Najiha Mustafa, 29, yang merupakan anak saudara kepada dua individu berkenaan, Maheran, 74, dan Abd Jalil, 72.

Kedua-dua warga emas itu merupakan kakak dan adik kepada arwah bapaNajiha, Allahyarham Mustafa Abd Majid yang meninggal dunia tiga tahun lalu akibat kencing manis.

“Punca pergaduhan saya tak boleh kongsikan demi menjaga nama baik keluarga… Tapi 10 tahun lalu, berlaku salah faham antara mereka.

“Sejak itu pakcik saya langsung tak balik kampung di Muar, Johor walaupun masa hari raya,” ujar Najiha ketika dihubungi mStar.

Najiha berkata, sebelum ini bapa saudaranya pernah menyuarakan hasrat untuk bertemu semula dengan kakaknya.

Namun faktor usia dan keadaan kesihatan membuatkan dia yang tinggal di Kuala Lumpur sukar untuk berjalan jauh dan pulang ke kampung halaman.

ARTIKEL BERKAITAN:Adik minta maaf, bisik di telinga abang sedang nazak… Menyesal dekat 10 tahun bergaduh dengan arwah

ARTIKEL BERKAITAN:Abang maut ditetak adik kandung akibat berebut harta pusaka

Maka, sebagai anak saudara yang prihatin, Najiha mengambil inisiatif membawa Maheran ke ibu kotauntuk menyatukan semula dua hati dan jiwa yang sudah lamaterpisah.

Menerusi video menyentuh hati yang dikongsi, dapat dilihat dua adik-beradik itu dipertemukan ketika menghadiri majlis jamuan raya seorang lagi sepupu Najihadi Kuala Lumpur.

“Sepupu saya, Kak Liza iaitu anak kepada pakcik (Jalil) yang rancang semuanya. Dia beritahu pakcik saya yang dia nak ke rumah terbuka kawan dan ajak bapanya pergi bersama.

Semoga ikatan tali persaudaraan tetap utuh sebab air dicincang tak akan putus.

PUTERI NAJIHA

“Masa pakcik sampai di rumah tu, dia tak perasan wanita yang disalamnya itu adalah kakaknya sendiri sebab sudah 10 tahun tak jumpa,” ujarnya lagi, mengimbas pertemuan dua beradik itu pada April lalu.

Dalam rakaman tersebut juga, dapat dilihat pakcik Najiha terkedu seketika diberitahu wanita yang sedang duduk di sofa adalah kakak kandungnya sebelum mereka berdua spontan berpelukan sambil menangis.

Jelas Najiha, Maheran dan Jalil adalah anak kelimadan ketujuhdaripada 10 beradik namun kini hanya tinggal empat orang yang masih hidup.

Maheran kini tinggal bersendiriandi Muarselepas kematian suami dan tidak mempunyai anak manakala Jalil menetap bersama anak-anak dan isteridi Kuala Lumpur.

Maheran (kanan) ketika berjumpa semula dengan adiknya Jalil (tengah) selepas 10 tahun.

“Makcik saya jaga pakcik sejak kecil. Dulu mereka memang sangat rapat… Bila tengok mereka berpelukan semula, kami sekeluarga semua sebak.

“Kalau ayah masih ada, mesti dia pun gembira tengok adik-beradik dia kembali bersatu,” luah Najiha yang merupakan ibu kepada dua cahaya mata.

Video pertemuan dua beradik itu dikongsikan Najiha di media sosial pada awal pagi Selasa dan setakat ini meraih lebih 400,000 jumlah tontonan.

“Sejak ayah tak ada, pakcik dan makcik je tempat saya menumpang kasih. Gembira tengok mereka kembali bersatu hati.

“Semoga ikatan tali persaudaraan tetap utuh sebab air dicincang tak akan putus,” ujarnya.

Scroll to Top