RSS Suria

Sehari selepas nikah, Sufian Suhaimi terima ucapan ‘sweet’ hari jadi daripada isteri

SELEPAS sehari mendirikan rumah tangga, penyanyi Sufian Suhaimi menerima ucapan manis daripada isterinya iaitu Rania Al Sadat sempena ulang tahun kelahiran ke-33.

Rania, 24, dalam satu perkongsian dimuat naik di Instastory mengungkapkan rasa terima kasih kepada Sufian kerana telah menjadi lelaki terbaik dalam hidupnya.

“Selamat hari lahir suami saya. Terima kasih kerana berkongsi rasa cinta dan menjadi lelaki terbaik buat saya,” katanya.

Sufian menerima ucapan manis daripada isteri sempena hari lahir.

Dalam pada itu, Sufian membalas ucapan manis tersebut dengan berjanji akan mencintai isterinya itu buat selamanya.

“Terima kasih sayang, sayang awak selamanya.

“Alhamdulillah, semoga Allah rahmati dan kurniakan kasih sayang hingga akhir hayat kita,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Tahniah! Sufian Suhaimi akhirnya bergelar suami Rania Al Sadat

ARTIKEL BERKAITAN:[V] Sufian Suhaimi dan bekas kekasih kembali jalin hubungan cinta, putus bukan kerana orang ketiga

Pada Jumaat, Sufian selamat bergelar suami kepada Rania dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung secara tertutup di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Penyanyi lagu Terakhir ini menyerahkan mas kahwin berupa satu dinar emas kepada Rania pada upacara pernikahan tersebut.

Sebelum ini, Sufian mengesahkan hubungan cintanya dengan Rani berakhir apabila cincin risik dipulangkan pada April tahun lalu.

Bagaimanapun, menerusi temu bual bersama mStar pada Januari lalu, Sufian mendedahkan hubungan mereka sudah kembali terjalin.

Untuk rekod, pada Oktober 2023 Sufian menghantar rombongan merisik kepada keluarga Rania.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top