SEHARIAN tidak mendengar khabar isteri yang kini berada di Tanah Suci Makkah cukup membuatkan pelakon Jalil Hamid merasa bimbang.
Kata Jalil atau Abdul Jalil Abdul Hamid , 68, dia hampir membatalkan perancangan untuk hadir majlis tayangan filem Laknat lakonannya kerana risau akan keadaan isteri iaitu Haryati Sariat di sana.
“Pada mulanya saya agak keberatan nak hadir. Tetapi selepas dapat bercakap dengan isteri, saya rasa lega dan putuskan untuk hadir malam ini (Isnin).
Perasaan penuh sebak ketika Jalil memeluk isterinya.
“Saya juga minta anak temankan sebab saya tak boleh memandu,” katanya kepada mStar.
Jalil ditemui ketika tayangan filem berkenaan yang berlangsung di GSC Midvalley, Kuala Lumpur pada malam Isnin.
Menurut pelakon ini dia tidak dapat bercakap dengan isterinya disebabkan talian kurang baik namun mereka kembali berhubung selepas hampir sehari.
“Saya dah cuba hubungi dia (Haryati) tetapi talian tidak berapa baik dan tersekat-sekat.
ARTIKEL BERKAITAN:Sayu hati Jalil Hamid izinkan isteri ke Tanah Suci, tak pernah berjauhan sejak sakit
ARTIKEL BERKAITAN:Kesihatan makin baik, Jalil Hamid syukur dah boleh makan daging kambing… Doktor pesan ikut sunah
“Selepas menanti dari Ahad, barulah petang tadi (Isnin) saya dapat bercakap dengan dia,” ceritanya.
Lebih membimbangkan lagi buat Jalil apabila isteri memaklumkan keadaannya kurang sihat selepas berangkat ke Tanah Suci pada Khamis lalu.
Mengharapkan semua berjalan lancar, dia juga sentiasa berdoa agar urusan isteri menunaikan ibadah haji dipermudahkan.
“Isteri beritahu dia demam, jadi saya mula susah hari. dia perlu berjalan sejauh tiga kilometer dari hotel ke Masjidil Haram untuk menunaikan ibadah.
Barisan pelakon filem Laknat dari kiri Jalil Hamid,Noorkhiriah dan ramai lagi.
“Dia memang ada penyakit ketumbuhan pada bahagian pada tumit kaki. Ia boleh memburukkan lagi keadaan sakit itu. Saya berdoa supaya dia diberikan kesihatan yang baik dan cepat pulih,” luahnya.
Dalam perkembangan lain, filem Laknat anak mula ditayangkan pada 5 Jun.
Selain Jalil, pelakon lain yang turut terlibat adalah Aeril Zafrel, Puteri Balqis, Amerul Affendi, Naque Ariffin, Noorkhiriah dan Mila Mohsin.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube