RSS Suria

Sekampung ‘pening’ datuk mengasuh cucu kuat melalak, isteri pula pekak – “Rasa nak tunjal mak bapa budak tu”

SEORANG lelaki meluahkan rasa tertekan apabila seorang jiran yang menjaga cucunya didakwa setiap hari menimbulkan gangguan kepada penduduk sekeliling.

Jelasnya, cucu kepada pesara tentera berkenaan sering menangis dan menjerit tanpa henti.

Lebih memburukkan keadaan apabila budak kecil itu dihantar ke rumah datuk dan nenek mereka untuk dijaga pada setiap hari walaupun hari cuti.

Perbalahan antara jiran sering berlaku kerana salah faham. -Gambar hiasanPerbalahan antara jiran sering berlaku kerana salah faham. -Gambar hiasan

"Setiap hari budak umur tiga tahun menjerit tanpa henti. Nak marah, tapi budak kecil. Rasa nak pergi tunjal kepala mak bapa budak tu.

“Reti ‘membiak’ (beranak) tapi tak sanggup hantar ke pengasuh. Campak pula ke rumah orang tua," kongsinya di Thread.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ditegur jiran tumbuk sambal pukul 3 petang, ganggu budak-budak tidur – "Anak main ketuk-ketuk ke?"

ARTIKEL BERKAITAN: Jiran marah buang sampah merata, wanita bagi alasan ‘kerja’ anak autism – "Orang buang ni tak sihat"

Situasi menjadi bertambah parah apabila isteri kepada pesara tersebut mempunyai masalah pendengaran, menyebabkan dia tidak menyedari bunyi bising yang datang daripadanya cucunya.

“Isteri askar pencen tu ada masalah pendengaran. Mungkin sebab tu dia biar je cucu dia menjerit sebab dia tak dengar.

“Patut ke aku buat laporan talian Nur Kasih? Tak pun hubungi polis je sebab mengganggu jiran-jiran,” katanya.

Benci betul jenis nak hidup senang tapi anak-anak ‘campak’ dekat rumah mak ayah.

NETIZEN

Situasi ini mengundang perbincangan dalam kalangan netizen yang rata-rata bersimpati dengan nasib jiran tersebut.

Warga maya turut mengkritik tindakan ibu bapa yang terlalu bergantung kepada kedua-dua orang tua dalam menjaga anak-anak mereka.

Reaksi netizenReaksi netizen

“Benci betul jenis nak hidup senang tapi anak-anak campak dekat rumah mak ayah.

“Ingat orang tua ni berdaya ke nak layan cucu-cucu ni? Umur-umur gini bagi mereka rehat, nak beramal ibadat dengan tenang.

“Memang ada mak ayah macam ni. Cuti-cuti orang tua pula yang kena jaga layan anak dia,” katanya.

Scroll to Top