RSS Suria

Selepas 12 tahun berpecah, Cokelat ubat rindu peminat 7 September depan

KUMPULAN terkenal Indonesia iaitu Cokelat bakal menghiburkan peminat pada 7 September depan di Zepp Kuala Lumpur.

Istimewanya, ini adalah konsert pertama mereka selepas kembali bersatu sebagai sebuah kumpulan dua tahun lalu.

Kumpulan dianggotai Kikan (vokalis), Edwin (gitar), Ernest (gitar), Ronny (bass) dan Ervin (dram) ini pernah ‘berpisah’ selama 12 tahun.

OFFICIAL PHOTO 3

Cokelat terkenal dengan lagi Segitiga, Luka Lama dan banyak lagi.

Kikan berkata, mereka teruja untuk bertemu peminat di Malaysia selepas 14 tahun tidak mengadakan konsert di Kuala Lumpur.

“Seperti semua tahu, kali terakhir Cokelat membuat persembahan di Malaysia adalah pada 14 tahun yang lepas. Memang cukup lama.

“Kami berharap persembahan kali ini dapat mengubat rindu peminat-peminat setia. Terima kasih kami ucapkan kepada semua peminat di Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Cokelat Mahu Jadi Seperti Dewa

ARTIKEL BERKAITAN: Asheed Def Gab C tetap buat konsert walau derita sakit sendi, janji persembahan bertenaga

“Kami juga sangat rindukan Malaysia yang sudah kami anggapkan seperti rumah kedua Cokelat,†kongsinya.

Selain Karma, Cokelat juga popular dengan lagu Segitiga, Luka Lama, Ku Pilih Dia, Pergi, Jauh dan banyak lagi.

Sementara itu, penganjur iaitu Tanjak Global Services mengundang Cokelat kerana ingin menawarkan kepelbagaian dan pilihan konsert hiburan yang berlainan buat rakyat Malaysia.

OFFICIAL PHOTO 4

Cokelat tidak sabar untuk bertemu peminat di Malaysia.

“Ahli kumpulan Cokelat secara peribadi juga sangat rapat dengan Malaysia dan teruja untuk bekerjasama lagi bersama kami di masa akan datang.

“Berita baik buat peminat Cokelat juga yang mana, kedua pihak sudah berbincang untuk berkolaborasi dalam beberapa perancangan dan program yang sudah disusun,” kongsinya.

Tiket untuk konsert sudah mula dijual mengikut beberapa kategori yang dinamakan mengikut lagu-lagu popular Cokelat, dan boleh didapati di menerusi Ubertickets bermula dengan harga RM189 sehingga ke RM380.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top