RSS Suria

Selepas 7 tahun, Shahz Jaszle dan isteri timang anak ketiga

ISTERI pelakon Shahz Jaszle selamat dikurniakan cahaya mata ketiga pada Jumaat.

Shahz atau Muhammad Shahrizal Jaszle Jasmin, 37, memberitahu dia menimang cahaya mata perempuan yang diberi nama Aurora.

“Alhamdulillah. Selamat datang ke dunia baru sayangku Aurora,” tulisnya ringkas.

size NP 1 (90)

Shahz setia menemani isteri sehingga bersalin.

Perkara itu dikongsi Shahz menerusi satu hantaran video di Instagram miliknya pada pagi Sabtu.

Video berdurasi 59 saat itu memperlihatkan perjalanan isteri Shahz iaitu Nur Hanis Husna Mohd Nadzree sebelum melahirkan puteri kedua mereka.

Malah, dapat dilihat Shahz setia menemani dan menjaga Hanis sehingga selesai bersalin.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan ucapan tahniah dan memuji sikap Shahz yang menghargai isterinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak dah masuk sekolah, Shah Jaszle lebih sibuk uruskan keluarga… Tak boleh lepak lama-lama macam dulu

ARTIKEL BERKAITAN: Shahz Jaszle Malu Jadi Gemuk

“Tahniah Hanis dan Shaz. Selamat berpantang ya.

“Rindu bau bayi. Tahniah Shahz dan isteri.

“Tahniah Shahz, ni baru betul suami yang romantik dan tahu menghargai isteri,” tulis netizen di ruangan komen.

Untuk rekod, Shahz dan Hanis berkahwin pada 1 Mei 2015 dan turut dikurniakan dua cahaya mata lain iaitu Alana Jasmeen, 9 dan Ayden Jasreen, 7 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top