RSS Suria

Selepas ditegur abang, Rebecca Nur Al Islam padam semua hantaran mengenai keluarga

SELEPAS menerima teguran abang sulungnya, pelakon Datin Rebecca Al Islam mengambil keputusan memadam semua hantaran melibatkan keluarga di media sosial.

Rebecca, 39, berkata dia menerima nasihat itu dengan hati terbuka selepas kecoh perbalahannya dengan isteri usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida sejak Jumaat lalu.

“Terima kasih Abang Long di atas nasihat malam ini. Demi menghormati Abang Long saya, saya terima segala teguran, nasihat dan seperti biasa kasih sayang dan kata-kata positif yang dicurahkan pada malam ini.

Rebecca akur dengan nasihat abangnya.

“Love you Along. Adik sayang Along sangat-sangat. Kita semua sekeluarga sentiasa mendoakan Along sihat dan bahagia bersama isteri dan anak-anak tercinta.

“Saya akan padam segala-galanya. Air dicincang tak akan putus,” katanya.

Rebecca berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram yang turut memaparkan wajah abangnya itu.

Sebelum ini, Rebecca muncul dengan sebuah video penjelasan bagi menjawab tuduhan kononnya dia menumpang populariti perkahwinan abangnya dengan usahawan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN:“Yang bodoh itu awak” – Anak Bonda Rozita bersuara, pertahan isteri Aliff Syukri

ARTIKEL BERKAITAN:Rebecca Nur Al Islam berang dituduh tumpang populariti kakak ipar, panggil menantu Bonda Rozita ‘bodoh’

Ia ekoran Rebecca dilihat sering memuat naik foto pasangan berkenaan di media sosial sehingga menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak.

Apa mencuri perhatian, Rebecca memperdengarkan rakaman suara seorang wanita yang membangkitkan isu tersebut dalam video berkenaan dipercayai milik Shahida.

Bukan itu sahaja, Rebecca dan anak Bonda Rozita iaitu Maryam Nur Imani juga dilihat saling berbalas kenyataan di media sosial.

Shahida merupakan menantu kesayangan Rozita.

Awal Mac lalu, kecoh di media sosial Rozita didakwa sudah berkahwin selepas sosok seorang lelaki berkumis tebal muncul di belakang wanita itu ketika sedang mempromosikan produk secara langsung di media sosial di dalam bilik hotel.

Anak kepada Rozita iaitu Nur Ain Sufiah kemudiannya mengesahkan ibunya itu kembali bertemu jodoh namun enggan mendedahkan punca ibunya bercerai dengan bapanya iaitu Saiful Anuar Hashim.

Tidak lama selepas itu, Rozita secara terbuka berkongsi foto bersama suami baharunya di Instagram semasa menunaikan ibadah umrah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top