PERCERAIAN yang berlaku tidak sepatutnya menoktahkan hubungan antara menantu dan mentua.
Namun, seorang wanita mendakwa dia tidak dihiraukan ibu mentuanya selepas sah bercerai dengan bekas suaminya.
Menerusi perkongsian di Thread, dia berkata situasi janggal itu berlaku ketika mereka bertemu di mahkamah.
Tiada siapa yang mahu perkahwinan mereka berakhir dengan perceraian. -Gambar hiasan
“Masa tu saya cuba jadi manusia yang menghormati orang tua walaupun saya tahu mereka tak pernah suka saya.
“Saya hulur tangan untuk salam dengan bapa mentua, dia sambut salam saya.
“Tapi bila sampai ibu mentua, dia alih muka dan peluk tubuh. Salam saya tak bersambut,” kongsinya.
Tak minta banyak. Cuma jangan buat macam saya budak tadika.
MENANTU
Menurut wanita itu, dia terkejut dengan reaksi ibu mentuanya dan tidak menyangka akan dilayan sedemikian rupa.
“Saya jadi macam patung dekat situ. Terkesima. Macam perlu ke layan saya macam tu? Saya tak cerai dengan makcik, saya cerai dengan anak makcik.
“Sebegitu sekali dia layan saya. Tak minta banyak. Cuma jangan buat macam saya budak tadika.
ARTIKEL BERKAITAN:Mentua jenis suka buat ‘rombongan’ bercuti, menantu dipaksa kumpul duit awal-awal… Dilarang bantah, wajib ikut sekali!
ARTIKEL BERKAITAN:Menantu tak malu, baring di ruang tamu minta mentua urut bengkak susu! ‘Belanja’ satu famili lelaki, perempuan sedang tonton TV
“Tapi lepas tu saya dah block mereka berdua. Sebab saya rasa saya langsung tiada nilai sebagai manusia,” tulisnya lagi.
Tambah wanita itu, ibu mentuanya juga terlalu banyak mencampuri urusan rumah tangganya ketika dia masih bergelar isteri.
Di ruangan komen, ramai netizen memuji sikap wanita itu yang tidak membalas perbuatan biadab ibu mentuanya.
Menantu perlu bijak untuk mengambil hati mentua. -Gambar hiasan
“Biasalah, semua akan menangkan anak sendiri. Harapnya generasi kita masa layan menantu dah lain dah.
“Tak apa sis, awak dah jadi yang terbaik untuk hormat orang tua.
“Semoga awak terus kuat dan lebih gembira dengan kehidupan baharu,” tulis netizen.