RSS Suria

Seluar anak ditarik di sekolah, puting disentuh… Ibu mangsa, pelaku ‘bergaduh’ siap ada ‘drama’ pengsan

SEORANG ibu meluahkan rasa kesal dan kecewa apabila anak lelakinya mendakwa menjadi mangsa gangguan fizikal oleh rakan sekelas di sebuah sekolah rendah.

Kejadian yang berlaku semasa waktu persekolahan itu dikongsikan ibu mangsa menerusi hantaran di media sosial, gara-gara ibu pelaku seolah-olah tidak rasa bersalah dengan perbuatan anaknya.

“Hari ini (Isnin) anak saya balik sekolah menangis-nangis, katanya kawan dia iaitu anak bekas pengasuh tarik seluar dia depan kawan-kawan sampai nampak seluar dalam dan sentuh puting dia.

“Naik angin saya dengar, saya tanya dia buat apa sampai kawan buat macam tu, katanya tak ada buat apa-apa, tapi ye la budak kita nak percaya apa kan.

Setiap kanak-kanak mempunyai ragam yang berbeza. -Gambar hiasan AI

Setiap kanak-kanak mempunyai ragam yang berbeza. -Gambar hiasan AI

“Saya pun WhatsApp mak dia (pelaku) bagitahu apa yang jadi dan minta pesan pada anak supaya jangan buat macam tu lagi sebab melampau,” ujarnya geram.

Bagi wanita ini, pergaduhan antara kanak-kanak kebiasaannya hanya ejek mengejek mahupun jelir lidah, bukan tindakan tarik seluar.

Justeru, apa yang dilakukan terhadap anaknya dianggap tindakan keterlaluan yang tidak mencerminkan usia kanak-kanak.

Lebih menambah rasa geram apabila ibu pelaku seolah-olah menganggap perbuatan itu normal dan asyik menyalahkan dirinya kerana tidak berterima kasih kerana pernah tabur bakti sebagai pengasuh.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak puas cium pipi, kawan ayah cuba buka seluar! Gadis sempat rakam aksi lelaki durjana, paksa buat ‘projek’ dalam kereta

ARTIKEL BERKAITAN: Gurauan londeh seluar wujud zaman berzaman, tak kelakar pun jadi bahan lawak… Punca awal gangguan seksual

“Dia kata saya cari salah, tak reti berterima kasih macam dia tak pernah beri kebaikan pada anak saya.

“Puas throwback, ada tak bayar payment dia ke atau bayar lambat sampai dia asyik ulang pasal berterima kasih ni.

“Setahu saya, cuti sekolah atau tidak, jaga dua minggu sebulan pun saya tetap bayar penuh dan tak pernah minta negotiate sebab hargai jasa dia,” ujarnya kecewa.

  • Anak lelaki mengadu seluar ditarik dan puting disentuh rakan sekelas.
  • Ibu mangsa kesal kerana ibu pelaku angggap ini perkara remeh.
  • Ibu mangsa pula anggap tindakan pelaku keterlaluan.
  • Sekolah ambil tindakan dengan menegur pelaku secara terbuka.
  • Warganet anggap insiden sebagai gangguan seksual.

Menurut wanita ini, insiden yang berlaku itu akhirnya mendapat perhatian pihak sekolah apabila guru memanggil murid terlibat dan memberi teguran di hadapan rakan sekelas.

Malah dia sendiri bertemu dengan pelaku dan menasihatinya supaya tidak mengulangi perbuatan berkenaan.

“Dia cakap buat macam tu sebab anak saya ejek dan terus saya suruh minta maaf.

“Tapi jumpa mak pelaku di rumah ibu mentua, dia ‘drama’ sangat sampai pengsan-pengsan seolah-olah dia mangsa.

Warga maya meluahkan kebimbangan tentang isu yang dikongsikan.

Warga maya meluahkan kebimbangan tentang isu yang dikongsikan.

"Saya penat. Dia ulang banyak kali kononnya sayang anak saya, jaga macam anak sendiri, tapi isu sebenar tak diselesaikan. Akhirnya saya minta maaf dan bersurai," tambahnya.

Di ruangan komen, ramai meluahkan rasa geram kerana ibu pelaku tidak memahami bahawa perbuatan anaknya adalah salah satu bentuk gangguan seksual.

“Rasanya dia terasa sangat sebab itu cara diaorang di rumah, malukan budak-budak dengan tarik seluar, itu yang sentap apabila ditegur.

“Bawa kes disiplin sekolah, kes gangguan seksual ni kes berat di sekolah.

“Budak ni belajar dari rumah, puan bagitahu cikgu dan cikgu akan panggil ibu bapa budak tu, selalunya cikgu akan ingatkan pasal benda ni dekat perhimpunan untuk bagi kesedaran dalam kalangan pelajar,” demikian pandangan warga maya.

Scroll to Top