MEMAHAMI nasib menimpa Zazzleen, penyanyi Indonesia Cakra Khan berharap peserta One In A Million (OIAM) itu berbangga dengan keunikan vokal dimilikinya.
Ini kerana kata Cakra atau Cakra Konta Paryaman, 33, ketika di awal kemunculannya sebagai penyanyi, dia pernah berdepan kecaman lebih teruk apabila ada mengatakan suaranya berkahak ketika menyanyi.
“Di awal kemunculan saya dulu pun ada mengatakan suara saya berkahak.
Cakra merupakan juri tetap OIAM
“Apa dialami Zazzleen mengenai suaranya, saya juga pernah mengalaminya,” katanya kepada mStar.
Cakra berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas tamat OIAM yang berlangsung di Glenmarie, Shah Alam pada malam Ahad.
Dalam pada itu, Cakra memberitahu dia sempat meninggalkan beberapa pesanan kepada Zazzleen termasuk melihat vokalnya sebagai satu kelebihan.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Zazzleen lega OIAM sudah berakhir, rupanya menahan sedih kenang kecaman netizen
ARTIKEL BERKAITAN: Suara garau macam lelaki, ramai keliru jantina sebenar Zazzleen OIAM… Pernah dua kali kahwin dan ada 3 orang anak!
Malah dalam pertemuan mereka sebelum ini, dia turut menasihati agar lebih berhati-hati dalam memilih lagu agar sesuai dengan kemerduan suaranya.
“Saya pesan pada dia tak perlu sedih dengan kritikan netizen sebaliknya tunjuk kelebihan yang dimiliki kepada mereka.
“Walaupun berbeza tapi kita masih boleh tunjukkan kelebihan yang kita ada,” luahnya.
Tambah Cakra, dia juga sentiasa mencari lagu-lagu yang sesuai dengan nada dan vokal dimiliki agar dapat mengelakkan karya tersebut menjadi sumbang.
Zazzleen akui emosi terganggu dengan kecaman netizen.
“Saya pun ada masa saya selektif untuk menyanyikan sesebuah lagu.
“Kerana bila saya menyanyikan lagu itu dengan suara saya yang sedikit berbeza dari lain mungkin akan kedengaran kurang sedap,” luahnya.
Sebelum ini, Zazzleen kerap kali menjadi bahan kritikan netizen sepanjang bertanding di OIAM kerana keunikan suara yang dimilik.
Bukan hanya dia, ibu bapa dan keluarga Zazzleen turut menjadi sasaran kritikan sekali gus menguris hatinya.