DALAM dunia pekerjaan, kita pasti akan berjumpa dengan rakan sekerja yang mempunyai pelbagai ragam.
Ada yang sekepala, rajin membantu namun ada juga tanpa sedar menguji kesabaran.
Seperti individual ini, dia tak dapat melupakan insiden membabitkan rakan sekerja yang menguji kesabarannya ketika sedang menikmati makanan.
Nasi kerabu merupakan antara hidangan popular dari pantai timur.
“Dulu masa kerja, ada sekali tu saya beli nasi kerabu lauk daging bakar. Saya memang teringin sangat dan susah nak jumpa. Masa lunch, saya makan la.
“Tiba-tiba colleague saya yang jauh lebih berusia datang dekat saya. Saya tak ingat kami borak apa masa tu. Tiba-tiba dia cakap nak rasa sikit daging bakar tu. Saya pun benarkan.
ARTIKEL BERKAITAN: Staf Gen Z berhenti kerja selepas sehari lapor diri… Merajuk ditegur tak pandai mengira – "Dia kata kami tak mahu ajar"
ARTIKEL BERKAITAN: "Rugi duit mak bapa kau je!" – Wanita pembantu klinik dimalukan rakan sekerja, dihina tiada ‘A’ dalam SPM
“Tapi sambil borak tu tangan dia tak habis-habis ambil daging bakar saya. Sampai tinggal sikit dia kerjakan. Saya betul-betul terkilan,” kongsinya.
Individu itu berkata dia akhirnya terpaksa bersuara untuk ‘menyedarkan’ rakan sekerjanya itu yang terlebih leka menikmati makanan orang lain.
Bukan berkira atau tidak mahu berkongsi, namun individu itu menjelaskan bahawa dia benar-benar kecewa kerana nasi kerabu bersama daging bakar tersebut adalah sesuatu yang sudah lama diidamkan dan bukan mudah untuk didapati di kawasan tempat tinggalnya.
- Individu tersebut menikmati nasi kerabu yang diidamkannya sewaktu makan tengah hari.
- Secara tiba-tiba seorang rakan sekerja yang lebih ‘senior’ meminta untuk merasa daging bakar.
- Rakan sekerjanya itu berulang kali mengambil daging bakar sambil bersembang.
- Individu itu bertindak menegur rakan sekerjanya apabila daging bakarnya hampir habis.
- Pengadu kesal apabila ada segelintir individu yang tidak mempunyai common sense.
Tambahnya lagi dia sekadar mengimbas insiden berkenaan untuk menyampaikan mesej mengenai pentingnya menghormati hak orang lain, terutamanya dalam hal-hal yang mungkin kelihatan remeh seperti makanan.
“Kenapa ya ada orang tiada common sense? Ambil makanan kita banyak-banyak tanpa segan. Tak nampak ke kita pun tengah makan dan makan sikit-sikit?
“Tak perlu tunggu orang tegur baru nak stop. Awal-awal pun kata nak rasa sikit je.
“Mesti faham kan perasaan apabila orang melebih-lebih ambil makanan kita… mestilah tak suka. Bab-bab makan ni jangan buat main,” tulisnya lagi.
Antara komen yang dilontarkan netizen.
Di ruangan komen, perkongsian individu itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya mengakui wujud rakan sekerja sedemikian.
“Kalau saya, memang bagi terus dekat dia. Sebab saya jenis tak boleh orang ambil, cubit-cubit dalam pinggan saya.
“Aku bukan jenis kedekut tapi apabila lapar, aku takkan offer orang makanan aku.
“Lain kali tolak dengan polite. Maaf kak, ini first meal saya hari ni dan saya lapar sangat, saya tak nak share. Titik,” komen netizen.