RSS Suria

Seram dapat ‘order’ pelanggan ‘perfectionist’! Pembuat kek anxiety, sukar tidur malam… Banyak komen tapi makan habis

INDIVIDU yang bersikap perfectionist mempunyai dorongan tinggi untuk mencapai kesempurnaan dalam apa jua yang dilakukan.

Ada kalanya orang luar turut terkena tempias gara-gara sikap mereka yang mementingkan kesempurnaan seperti mana yang dihadapi pembuat kek (baker) ini.

Sebagai penjual dan pembuat kek, dia sepatutnya berasa gembira apabila menerima tempahan daripada pelanggan setia.

Ramai yang gemar menempah kek mengikut tema tertentu. -Gambar hiasan

Ramai yang gemar menempah kek mengikut tema tertentu. -Gambar hiasan

Namun situasi berbeza dialami setiap kali dia menerima pesanan daripada seorang pelanggan yang perfectionist.

“Aku ada pelanggan yang pentingkan kesempurnaan. Sebenarnya, dah banyak kali aku buatkan kek untuk dia.

“Dia punya spesifik tu sampai aku ‘anxious’ setiap kali nak buat kek dia,” ujarnya menerusi media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Satu famili makan sampai licin pinggan, tiba di cashier merungut tak sedap! Dah dapat diskaun minta ‘free dessert’ pula

ARTIKEL BERKAITAN: Nasi hampir habis, pelanggan bertenggek di kaunter selepas mengadu ayam masam! Peniaga terus refund, siap sedekah baki

Menurut wanita ini, kegelisahan yang dialami bukanlah biasa-biasa sebaliknya sehingga ke tahap dia mengalami kesukaran tidur malam.

Malah katanya, keadaan tersebut berterusan sehinggalah kek yang ditempah pelanggan tersebut berjaya disiapkan.

“Selepas siapkan kek dia, mesti aku akan terima komen tapi bukanlah dia marah, cuma dia suka bagi maklum balas macam-macam.

Kalau nak besarkan bisnes, awak tak boleh abaikan komen pelanggan.

WARGA MAYA

“Walhal kek tu dah habis dimakan pun,” tambahnya lagi.

Bimbang timbul masalah kesihatan disebabkan terlalu memikirkan tentang perkara ini, pengadu cuba untuk menolak tempahan daripada pelanggan berkenaan.

Bagaimanapun katanya, dia baru sahaja dihubungi pelanggan tersebut yang ingin mendapatkan perkhidmatannya sekali lagi

Warga maya memberi pandangan masing-masing.

Warga maya memberi pandangan masing-masing.

“Setiap kali dia mesej, aku tiba-tiba ‘dup dap’. Bukan nak panjangkan cerita tapi rasa tak puas hati sikit,” jelasnya.

Luahannya itu mendapat pelbagai reaksi warga maya dengan kebanyakannya menasihatinya supaya berterus terang atau menolak tempahan.

Ramai yang membantu dengan berkongsi ayat berlapik untuk menolak tempahan daripada individu berkenaan.

“Ambil tapi kenakan upah tinggi untuk cover kos mental yang dialami.

“Kalau nak besarkan bisnes, awak tak boleh abaikan komen pelanggan. Pada masa hadapan, awak akan jumpa lagi ramai pelanggan macam ni… jadi buatkan satu ‘template’ untuk hadapinya.

“Selagi dia komen cara baik dan selalu ulang tempah, aku okay je. Apa yang dia cakap tu, buat seperti angin lalu,” demikian reaksi warga maya.

Scroll to Top