ENGGAN lagi berdiam diri, pelakon Qistina Raisah tampil mengulas mengenai penyebaran video memaparkan wajahnya yang telah disunting individu tidak bertanggungjawab.
Menafikan dirinya dalam rakaman berkenaan, Qistina atau Nur Qistina Raisah Mohd Kamarol Azri, 16, berkata video berkenaan telah disunting menggunakan teknologi kecerdasan buatan atau AI.
Menurut Qistina, dia menyedari mengenai penyebaran video tersebut sejak setahun yang lalu namun tiada keberanian untuk bersuara.
Qistina menahan sebak ketika membuat penjelasan video mengenai dirinya.
“Saya sudah lama simpan, nak dekat setahun. Ini kes orang fitnah saya!
“Orang edit muka saya buat benda yang tak elok. Ada yang jual di aplikasi WhatsApp dan Telegram. Dijual dengan harga RM10.
“Ramai yang hantar video saya difitnah itu sehingga hari ini. Hari ini saya baru ada keyakinan untuk bercakap yang video-video itu semua bukan saya.
“Dulu saya tak berani nak cakap sebab ketika itu teknologi AI masih belum hebat seperti hari ini,” katanya di sebuah video yang dimuat naik di TikTok.
ARTIKEL BERKAITAN:Ibu dedah kisah sebenar pergaduhan… Kesal sikap biadab Qistina Raisah curah air ke muka Arnie Shasha
ARTIKEL BERKAITAN:Qistina Raisah hargai teguran isu gimik bergaduh, ingatkan diri jadi insan lebih baik
Meskipun mengetahui ia sekadar suntingan, Qistina memberitahu keluarganya turut terkesan apabila melihat video berkenaan.
“Korang mungkin tak nampak saya sedih. Tapi apa yang saya rasa di belakang kamera, korang tak tahu.
“Bila mak saya tengok video macam itu, mestilah saya rasa sedih. Sebagai anak, saya cuba jadi anak yang terbaik.
Apa kita buat dekat orang, akan datang balik pada kita.
QISTINA RAISAH
PELAKON
“Kalau dosa dengan Allah, boleh solat taubat. Kalau dengan manusia, hati-hati lah,” ujarnya.
Dalam pada itu, Qistina turut menitip pesan agar individu berkenaan berhenti melakukan perkara tidak bermoral itu.
Malah, aktres ini percaya setiap perbuatan dilakukan mereka itu akan menerima balasan suatu hari nanti.
Qistina dan keluarga terkena tempias video tak senonoh.
“Pada orang-orang yang edit dan jual video-video sebegitu, awak kena ingat, suatu hari awak akan berkahwin dan ada anak-anak.
“Apa kita buat dekat orang, akan datang balik pada kita. Sampai mati pun saya tak akan maafkan orang yang jual, sebar dan mereka yang hina saya fasal video itu. Sampai mati saya ingat!
“Satu awak buka aib orang, satu aib awak tuhan akan buka di dunia dan akhirat. Tuhan jaga aib kita, tapi awak buka aib orang,” katanya lagi.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!