MEMASANG impian untuk melangkah sehingga ke peringkat akhir dan bergelar juara program nyanyian One In A Million, penyanyi Rezza Shah berkata dia tidak putus berdoa supaya cita-citanya itu tercapai.
Kata Rezza, 22, setiap hari dia memohon Allah SWT mempermudahkan urusannya sepanjang menyertai program berkenaan yang akan memulakan siaran di TV3 pada 22 Disember depan.
“Alhamdulillah, saya layak untuk meneruskan saingan di Top 100… Sejujurnya saya memang meletakkan harapan sangat tinggi untuk memenangi pertandingan ini.
Rezza mahu bersaing secara sihat di OIAM.
“Sejak awal uji bakat lagi saya berharap untuk melayakkan diri dalam pertandingan ini. Setiap hari saya berdoa dan memohon Allah mempermudahkan urusan saya. Alhamdulillah, langkah pertama sudah berjaya,” katanya kepada mStar.
Rezza merupakan salah seorang daripada 100 peserta yang layak menyertai pertandingan ini.
Program yang menawarkan hadiah bernilai RM1 juta ini bakal menyaksikan peserta daripada pelbagai latar belakang bersaing bagi merebut gelaran juara.
Sementara itu, bekas finalis program Bintang RTM (BRTM) ini mengakui dia perlu berdepan saingan sengit kerana 100 peserta yang terpilih mempunyai bakat besar.
ARTIKEL BERKAITAN: Dilamar bakal ibu mentua, Danial Dashuki kini tunang Tiara Suraya… “Kami baru kenal 3 bulan”
ARTIKEL BERKAITAN: Ibu dah minta cucu tapi Aniq Durar mahu fokus cari duit dulu
Dia bagaimanapun enggan menjadikan perkara itu sebagai pematah semangat dan kekal yakin dengan kemampuan diri serta berazam untuk memberikan persembahan terbaik sepanjang berada dalam program berkenaan.
“Kalau tengok daripada senarai 100 peserta yang terpilih memang semuanya berbakat besar. Ada yang memang sudah bergelar penyanyi, malah ada juga rakan-rakan BRTM lain.
“Tapi saya tak boleh lemah semangat sebaliknya anggap itu sebagai satu saingan sihat. Saya akan tunjukkan kemampuan diri dan mahu serlahkan lagi bakat yang ada.
“Insya-Allah kalau ada rezeki untuk saya teruskan langkah sehingga final tapi kalau kecundang pun saya tak akan putus asa meneruskan karier nyanyian,” ujarnya.
Saya akan tunjukkan kemampuan diri.
REZZA SHAH
PENYANYI
Untuk rekod, Rezza sebelum ini pernah menyertai program Bintang Kecil pada tahun 2013, Ceria Popstar Astro pada tahun 2016 dan terakhir BRTM pada tahun lalu.
OIAM bakal menyaksikan hanya 12 peserta terbaik dipilih untuk berentap dalam OIAM yang bakal bersiaran di TV3 pukul 9 malam bermula 22 Disember ini.
Datuk Yusry Abdul Halim, Ziana Zain dan penyanyi popular Indonesia, Cakra Khan merupakan juri tetap untuk edisi kali ini.
Hanya mencari seorang juara untuk lapan minggu pertarungan, pemenang utama OIAM akan meraih hadiah berupa wang tunai RM500,000, sebuah kereta bernilai RM200,000 dan kontrak rakaman eksklusif di bawah Alternate Records & Talents selama dua tahun.
Rezza tidak akan pernah putus asa bina karier nyanyian.
OIAM dihoskan oleh penyampai radio Haniff Hamzah dan pengacara, Fiza Frizzy.
Untuk rekod, tiga juara sebelum ini ialah Suki Low, Ayu Damit dan Tomok.
OIAM juga pernah disertai Yuna, Dayang Nufaizah, Faizal Tahir, Shila Amzah, Alif Satar dan ramai lagi.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!