RSS Suria

Shuib bayar gaji lantik anak jadi duta, Matin pasang impian bina masjid

PELAWAK dan usahawan Shuib mempunyai alasan melantik anak ketiganya iaitu Ariq Matin sebagai duta restoran Nasi Bakar Bangkit.

Sebaliknya kata Shuib atau Shahmira Muhamad, 41, perlantikan itu secara tidak langsung sebagai proses pembelajaran buat Matin untuk bergelar usahawan berjaya satu hari nanti.

Malah Shuib berkata Matin menerima gaji setiap bulan atas usaha yang dibuat untuk menaikkan restoran tersebut.

Shuib bayar gaji Matin sebagai duta restoran Nasi Bakar Bangkit.

“Bila saya cipta Nasi Bakar Bangkit ini dan letak Matin sebagai muka depan, ia secara tak langsung mengajar dia macam mana buat bisnes sebab dia memang minat bidang perniagaan.

“Pada awalnya anak saya ni malu untuk ke hadapan tapi saya kata dekat Matin yang dia ada tanggungjawab, dia juga terima gaji setiap bulan bukan buat percuma.

“Walaupun masih muda, apa yang dia buat sekarang adalah proses untuk dia berjaya di kemudian hari,” katanya kepada mStar.

Shuib berkongsi perkara itu ketika ditemui pada pelancaran restoran Nasi Bakar Bangkit di Cheras, Kuala Lumpur pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN:Hutang Shuib tidak lagi cecah puluhan juta, berjaya bayar sebahagian dalam tempoh 2 bulan

ARTIKEL BERKAITAN:Fikirkan masa depan, Shuib dan Watie dah sedia timang anak

Sementara itu, Matin, 10, berasa seronok apabila bergelar duta dan diberi tanggungjawab menguruskan perniagaan bapanya pada usia muda.

Ditanya mengenai apa mahu dibeli dengan gaji yang diterima, Matin memasang impian membina sebuah masjid suatu hari nanti.

“Saya seronok dan gembira jadi duta, dapat pengalaman baharu belajar meniaga.

Saya kata dekat Matin yang dia ada tanggungjawab, dia juga terima gaji setiap bulan bukan buat percuma.

SHUIB

PELAWAK DAN USAHAWAN

“Memang suka berniaga sebab boleh dapat duit… Saya jadikan Daddy sebagai idola.

“Bila sudah ada banyak duit, saya nak bina sebuah masjid,” ujarnya.”

Untuk rekod, Matin adalah anak hasil perkahwinan Shuib dengan Allayarham Siti Sarah Raisuddin.

Matin jadikan Shuib sebagai idola perniagaannya.

Bagaimanapun penyanyi berkenaan meninggal dunia pada 9 0gos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Selain Matin, hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, 13, Dzahira Talita Zahra, 12, dan Ayash Affan, 4 tahun.

Kemudian Shuib kembali bertemu jodoh dengan Watie Hanifiah pada Jun 2023.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top