SUDAH 14 tahun bergelar pelakon, Shukri Yahaya pernah berdepan dengan pelbagai ragam pengarah yang mengundang rasa kurang senangnya.
Shukri atau Mohd Shukri Yahaya, 36, berkata, dia pernah dibiarkan tanpa arah ketika berada di set penggambaran selama lapan jam.
Katanya, ketika itu dia diarahkan untuk datang ke set penggambaran pada awal pagi namun hanya dapat beraksi pada waktu malam.
Shukri bersama pelakon BruCoffee Shop iaituAmerul Affendi dan Siti Hariesa.
“Saya pernah saja bekerja dengan pengarah yang mereka tidak tahu apa mereka nak. Selalu kena sidai sebab pengarah tidak tahu nak buat apa.
“Saya pernah kena sidai lapan jam, datang pagi tapi bila malam baru shooting. Tapi itu semua dulu sekarang tidak lagi,” katanya kepada mStar.
Sekiranya berdepan situasi tersebut, dia biasanya akan bertindak berani dengan meninggalkan set penggambaran.
ARTIKEL BERKAITAN:Tiada lagi babak pegang tangan wanita, Shukri Yahaya jaga hati isteri
ARTIKEL BERKAITAN:Netizen kagum dengan penghijrahan Tya Adnan, Shukri Yahaya hebat berjaya didik isteri
Malah dia sendiri akan mengelak untuk bekerjasama dengan pengarah berkenaan buat sementara waktu.
“Saya tidaklah marah, kalau terlalu lama saya akan tanya dulu kemudian barulah saya tinggalkan set.
“Dengan senang hati saya pangkah mungkin dua tiga tahun lagi saya bekerjasama semula dengan dia.
Saya pun tiada tekanan yang perlu menunggu.
SHUKRI YAHAYA
PELAKON
“Tapi tidaklah sampai ban, kalau ada pilihan saya akan pilih yang lain dulu,” ujarnya.
Dalam pada itu, Shukri memberitahu dia selesa bekerja dengan pengarah Nik Amir Mustapha menerusi drama bersiri terbaharu berjudul Bru Coffee Shop yang sudah ditayangkan sejak 1 Mei lalu.
Jelasnya, Nik Amir sentiasa tahu apa ingin dilakukan selain menjaga masa dengan baik.
“Nik Amir dan tim tak pernah buang masa, dia sudah ada apa yang dia nak. Babak apa dan masa yang mereka rancang semuanya akan diikuti.
Shukri bersama Nik Amir di majlis pelancaran eksklusif.
“Saya pun tiada tekanan yang perlu menunggu dan disidai,” katanya.
Drama bersiri Tonton Original ini turut dibintangi Amerul Affendi dan Siti Hariesa.
Bru Coffee Shop mengisahkan tentang persahabatan di antara Shah lakonan Shukri dan juga Ajan (Amerul) dalam membangunkan kedai kopinya sendiri.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!