SEMPENA menyambut ulang tahun kelahiran ke-47, pelakon Noorkhiriah menerima hadiah ‘istimewa’ pemberian suaminya sendiri.
Terkejut dengan pemberian itu, Khiriah atau Nookhiriah Ahmad Shapie tidak menyangka suaminya iaitu Azfaizul Ahtan memberikan satu set kain kafan.
Malah dia juga sangat terkejut apabila hadiah berkenaan diletakkan pada tempat duduk belakang keretanya.
Khiriah berterima kasih menerima hadiah kain kafan.
“Saya nak pergi shooting, sekali pandang belakang. Kain kafan hadiah hari jadi dari suami.
“Siap dengan riben. Saya terima,” katanya.
Khiriah berkongsi perkara tersebut dalam satu video reaksi menerima hadiah berkenaan yang dimuat naik di Instagram milliknya pada Jumaat.
ARTIKEL BERKAITAN:Jenazah kena ‘tahan’ berdepan masalah untuk diuruskan, Noorkhiriah sedia bantu secara percuma
ARTIKEL BERKAITAN:Noorkhiriah tak senang hati di Terengganu, suami diserang asma dan influenza
Membalas komen pengikut di sosial media, pelakon ini memberitahu dia tidak sedar akan tindakan suaminya itu.
“Tak hilang berderau sampai sekarang. Bila masa dia buat pun tak tahu,” ujarnya.
Bagi Khiriah meskipun hadiah tersebut bukan seperti kebiasaan, ia sebagai satu tanda untuk memperingat hari kematian.
Secara berseloroh dia juga memberitahu pemberian itu bagaikan kebetulan kerana dia akan menjalani penggambaran di kawasan perkuburan.
Khiriah juga menjalankan kerja amal pengurusan jenazah.
“Terima kasih atas hadiah ini. Makan dalam Pa. Halus permainan ini. Dahla hari ini shooting di kubur.
“Tahniah sebab kita semakin dekat dengan kematian,” ujarnya.
Untuk rekod Khirah mendirikan rumah tangga dengan Azfaizul pada 2006 dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!