RSS Suria

Sibuk tangkap jiran buat maksiat, ‘mami jarum’ pengsan depan pintu pagar! Terkejut tengok anak perempuan sendiri keluar rumah

SETIAP kawasan perumahanpastiakan ada individu yang digelar penyibuk sama ada dalam kalangan lelaki atau wanita.

Tugasnya tidak lain tidak bukan akan melihat dan mendengar sesuatu kejadian, kemudian menghebahkan kepada orang ramai.

Seorang wanita terkenang perihal individu berpangkat makcik yang cukup terkenal di kawasan perumahannya dulu kerana terlalu menyibuk.

Jauhkan sikap mengadu domba dan terlalu ambil tahu hal peribadi orang lain. -Gambar hiasanJauhkan sikap mengadu domba dan terlalu ambil tahu hal peribadi orang lain. -Gambar hiasan

“Dia suka cakap pasal anak-anak orang, lapor budak-budak melepak kat taman kata buat maksiat, tuduh anak orang itu dan ini.

“Nak jadikan cerita, satu hari dia serang sebuah rumah jiran ni. Dia cakap anak lelaki orang tu bawa balik perempuan, dia buat kecoh kat depan rumah orang tu,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Wanita batal majlis, bakal suami kena tangkap basah seminggu sebelum nikah! Bengang BFF sanggup rahsia kecurangan

ARTIKEL BERKAITAN:Pemuda tak ingin kahwin lepas dapat tahu bakal isteri ditangkap basah tepi tasik… Makin geram duit hantaran pun lebur!

Tambah wanita itu, disebabkan makcikberkenaan terlalu kecoh seluruh penduduk taman perumahan mereka memenuhi kediaman jirannya itu.

“Apabila dah kecoh pasangan dalam rumah tu keluar, apa yang mengejutkan ialahbudak perempuan tu adalah anak dia sendiri.

Filem Mami Jarum tu memang ada dalam dunia sebenar kita.

NETIZEN

“Ya dia tangkap anak sendiri… pengsan makcik tu. Malu keranaanak perempuan yang pandai, lemah lembut, yang disangka baik berbandinganak orang lain sebenarnya tiada beza pun,” katanya.

Kata wanita itu, kejadian berkenaan secara tidak langsung mengingatkan dia agar tidak menghukum orang lain.

“Jangan suka menghukum salah orang dan merasa kita lebih baik. Hari ini kita cakap tentang buruk orang, esok lusa Allah balikkan ujian tu kepada kita.

“Jadi berhentilah jadi netizen yang mencampuri urusan orang lain. Berhentilah menyebarkan aib-aib orang. Siapa salah siapa betul itu bukan urusan kita,” katanya.

Reaksi warga mayaReaksi warga maya

Netizen yang membaca perkongsian wanita itu bersetuju dengan pandangannya berkaitan isu berkenaan.

“Betul, berhenti jadi manusia terpaling sempurna sampai hanya nampak buruk orang lain.

“Jaga mulut masing-masing, jaga apabila nak komen. Mengata orang tu best, sebab tak kena dekat diri sendiri.

“Filem Mami Jarum tu memang ada dalam dunia sebenar kita,” demikian kata beberapa netizen.

Scroll to Top