RSS Suria

Simpan kisah cinta, Chacha Maembong enggan ulang kesilapan lama… Tak kisah digelar ‘andartu’

BELAJAR daripada kesilapan lama, pelakon Chacha Maembong lebih selesa tidak berkongsi kisah peribadi terutama tentang hubungan cinta kepada umum.

Bukan mahu menyorokkan kebahagiaan, namun bagi Chacha atau Siti Aisyah Rohani Ismail, 28, dia tidak mahu berkongsi sesuatu yang belum pasti terjadi.

“Boleh nak kongsi tentang hubungan, tapi kalau tak jadi kahwin nanti saya yang malu sebab pernah terjadi apabila saya terlalu mendedahkan kisah peribadi dulu.

chacha 2

Chacha berhat-hati bercakap tentang jodoh.

“Saya tak mahu ulang kesilapan lama. Pengajaran yang saya dapat dari perjalanan hidup sebelum ini ialah jangan cerita selagi belum sah nak kahwin. Saya pasti akan kongsi bila sudah tiba masa nanti,” katanya kepada mStar.

Chacha berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media pelancaran filem terbaharu lakonannya berjudul Limbungan: Tragedi Hitam 1975 yang berlangsung di Bandar Baru Bangi, Selangor.

Tambah pelakon ini juga di kala usia semakin meningkat, soal jodoh semestinya antara perkara sering bermain di fikirkan.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Jay Iswazir profesional, minta izin sebelum babak ‘serang’… Chacha Maembong tak tahu kehidupan peribadi

ARTIKEL BERKAITAN: Chacha Maembong rasa tercalar, tuntut Ruhainies bersihkan nama

Reda belum diberi rezeki ke arah perkahwinan, Chacha juga tidak pernah ambil pusing akan tanggapan sekeliling soal wanita belum berumah tangga di usia lanjut.

“Di Malaysia bila wanita umur 28 tahun macam saya mulalah dipanggil andartu (anak dara tua). Tapi saya tak pernah fikir soal itu sebab sekarang ramai juga yang berkahwin dalam usia 30-an.

Belum ada rezeki lagi saya melangkah ke fasa itu

CHACHA MAEMBONG

PELAKON

“Cuma ada ketika apabila duduk sendirian terfikir juga fasal kahwin dan anak. Belum ada rezeki lagi saya melangkah ke fasa itu,” luahnya.

Sementara itu bercakap tentang perjalanan kerjaya seni, Chahcha akui tidak pernah memilih dalam tawaran berlakon kerana percaya setiap kerja yang dilakukan adalah rezeki buatnya.

“Selagi ada tawaran walaupun watak kecil saya akan ambil. Watak sampingan dua atau tiga babak pun saya ambil.

chacha 3

Kodi, Chacha dan Amerul merupakan pelakon utama filem Limbungan: Tragedi Hitam 1975.

“Dalam industri ini setiap hari ada artis baru. Jadi selagi orang mahu kita berlakon saya akan terima apa sahaja tawaran. Semua itu adalah rezeki,” jelasnya.

Filem Limbungan: Tragedi Hitam 1975 bakal ditayangkan bermula 6 Februari 2025.

Selain Chacha karya arahan Fazli Yasin ini turut menampilkan pelakon lain seperti Kodi Rasheed, Amerul Affendi, Cat Farish dan Nor Albaniah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top