USAHAWAN dan selebriti media sosial, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa teruja apabila mengetahui Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza membeli beberapa unit beg tangan jenamanya dalam siaran langsung di TikTok, kelmarin.
Menurut Aliff, dia pada awalnya tidak percaya pembelian itu benar-benar dilakukan oleh Siti, namun selepas menyemak transaksi pembayaran dia teruja dengan sokongan diberikan.
"Siti antara individu yang kerap masuk ‘live’ saya di TikTok. Saya macam tak percaya apabila pengikut beritahu TokTi (panggilan Siti) beli beg saya.
"Bila semak dalam sistem, memang ada beberapa jenis beg yang dibeli. Bila tertera bayaran sudah dibuat, saya pun terus rasa seronok," katanya kepada mStar.
Aliff menyifatkan sokongan Siti sebagai satu penghormatan terhadap usahawan tempatan.
Aliff turut menyifatkan tindakan Siti menyokong produk keluarannya sebagai satu penghormatan terhadap usahawan tempatan sepertinya.
"Alhamdulillah beliau ‘support’ saya punya beg. Siapa sangka orang macam beliau pun boleh sokong saya.
"Saya sangat terkejut dan anggap ini satu penghormatan luar biasa untuk diri saya.
“Kita semua tahu beliau boleh saja beli beg yang lebih mahal harganya, tapi pilih untuk beli daripada usahawan bumiputera macam saya," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN:Aliff Syukri janji jawab isu pembelian jet peribadi Jumaat ini
ARTIKEL BERKAITAN:Aliff Syukri mengamuk dua pembantu peribadi lewat datang kerja, terlepas ‘sales’ RM30,000… "8.30 pagi baru nak ketuk pintu, tiada otak ke?"
Terdahulu tular video yang memperlihatkan reaksi Aliff kelihatan begitu teruja apabila mendapat tahu Siti membeli beg tangan jenamanya.
Malah Aliff juga sempat mendendangkan beberapa lagu popular Siti seperti Bukan Cinta Biasa dan Joget Pahang sebagai tanda penghargaan.
Aliff berhasrat untuk mencipta rekod baharu dalam The Malaysia Book of Records untuk jenama beg tangannya.
Dalam pada itu, Aliff menzahirkan hasrat untuk mencipta rekod Malaysia melalui The Malaysia Book of Records menerusi kategori ‘Kutipan Jualan Beg Tangan RM1 Juta Terpantas Melalui Penstriman Langsung’.
Acara tersebut dijadualkan berlangsung pada 3 Ogos ini pada pukul lapan malam menerusi TikTok @papalarisofficial dengan memperkenalkan koleksi eksklusif ‘Samma Bag Denim Edition’.
Menurut Aliff, dia juga bernazar sekiranya dapat mencipta rekod Malaysia tersebut, dia akan mengagihkan sebahagian hasil jualan tersebut ke rumah anak yatim terpilih bagi berkongsi rezeki.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube