RSS Suria

Siti Nurhaliza berharap ada kesempatan lihat anak-anak naik pelamin, doa bertemu jodoh baik

IBU mana yang tidak mahu melihat kebahagiaan anak-anak… begitu juga penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza yang menyimpan impan mahu menyaksikan cahaya matanya mendirikan rumah tangga satu hari nanti.

Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 45, berharap diberikan usia yang panjang agar dapat melihat anak-anaknya ke jenjang pelamin.

“Sambil tengok, sambil kepala kami pun berfikir.

Copy of Untitled (27)

Siti meluahkan hasratnya menerusi hantaran di InstaStory.

“Semoga diberi kesempatan melihat anak-anak nanti naik pelamin,” katanya menerusi hantran di InstaStory.

Siti berkongsi perasaannya itu ketika menghadiri istiadat persandingan anakanda Sultan Pahang, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dengan pasangannya iaitu FD Idzham FD Iskandar yang berlangsung di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz, Pahang pada Ahad.

Dalam pada itu, Siti turut mendoakan agar anak-anaknya dipertemukan dengan jodoh yang baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadai nyawa lahirkan Aafiyah, Tunku Azizah minta jangan salahkan Siti Nurhaliza – “Bertenang, saya kongsi cerita dengan merekaâ€

ARTIKEL BERKAITAN: “Suka gosip tau  Siti Nurhaliza ‘post’ gambar dengan Datuk K, minta jangan fikir bukan-bukan

“Semoga ditemukan jodoh yang baik. Amin Ya Rabb,” ujarnya.

Untuk rekod, Siti mendirikan rumah tangga bersama Datuk K atau Datuk Seri Khalid Jiwa pada 21 Ogos 2006.

Mereka kemudiannya dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Siti Aafiyah, 6 dan Muhammad Afwa, 3 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top