RSS Suria

Sofyank cipta sejarah baharu, kali ini kolaborasi bersama Tom Cruise

PERSONALITI media sosial Sofyank sekali lagi mengharumkan nama Malaysia apabila berpeluang menjalinkan kerjasama bersama pelakon aksi Hollywood Tom Cruise di Tokyo, Jepun.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Sofyank atau Mohamad Sofian Abdullah, 28, di Instagram miliknya yang memaparkan foto bersama bintang aksi itu.

Tidak keseorangan, Sofyank turut membawa rakannya iaitu Shaffuan untuk kerjasama kali ini.

Sofyank (kanan) membawa rakannyaShaffuan (kiri) teruja bertemu Tom Cruise.

“Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan untuk kami di atas perjalanan kami kali ini.

“Nantikan video kolaborasi kami nanti,” kongsinya.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai yang rata-rata teruja melihat kolaborasi itu sekali gus bangga dengan kejayaannya.

“Kami sangat bangga dengan awak bro! Ini kejayaan dan kemajuan yang perlu diiktiraf.

ARTIKEL BERKAITAN:Zul Ariffin teruja jadi ‘superhero’, kagum bakat Sofyank mampu tingkatkan kualiti VFX filem tempatan

ARTIKEL BERKAITAN:Yusry kagum kebolehan luar biasa Sofyank, minta kembang bakat hasil VFX filem

“Makan hati produksi lain! Terus menyala!,” antara komen netizen.

Sebelum ini, Sofyank meluahkan rasa teruja dan gemuruh menunggu detik untuk bertemu bintang aksi itu ketika tiba di Tokyo.

Katanya, walaupun persiapan sudah dilakukan namun perasaan bimbang masih menguasi diri.

“Insya-Allah esok kalau tiada halangan, saya akan shoot satu video vfx bersama dengan Tom Cruise.

Sofyank kongsi rasa teruja tiba di Jepun.

“Buat masa sekarang, perasaan memang sangat ‘nervous’ menunggu detik untuk shooting esok, walaupun dah buat persiapan awal-awal, tapi masih lagi risau untuk sesi esok,” katanya.

Kerjasama Sofyank dan Tom itu dipercayai ada kena mengena dengan promosi filem terbaharu lakonannya iaitu Mission Impossible: The Final Reckoning yang akan ditayangkan di Malaysia bermula 17 Mei ini.

Selain Tom Cruise, Sofyank juga pernah berkerjasama dengan artis terkenal Hollywood lain seperti Paul Rudd, Will Smith dan Jonathan Majors.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top