RSS Suria

Sophia Albarakbah sudah sedia berkahwin, tak cari lelaki kaya tapi pemurah

PELAKON Sophia Albarakbah sudah bersedia menamatkan zaman bujang jika bertemu jodoh tepat.

Sophia, 32, mensasarkan mendirikan rumah tangga dalam tempoh empat tahun akan datang.

“Kalau nak cakap sudah sedia hendak berkahwin atau tidak, saya rasa okay sahaja tapi bila saya pun tidak tahu.

Sophia sedia tamatkan zaman bujang jika bertemu jodoh.

“Saya sasarkan berkahwin paling lewat usia 36 tahun, tapi itu hanya rancangan saya sahaja,” katanya kepada mStar.

Bagaimanapun kata Sophia dia lebih rela hidup solo berbanding terpaksa berkahwin dengan pilihan orang lain.

Jelas aktres itu, dia mahu menentukan sendiri hala tuju hidupnya dalam memilih pasangan.

“Sekiranya tak jumpa jodoh waktu itu, saya tidak akan kahwin dengan jodoh pilihan orang lain termasuk keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN:Sophia Albarakbah rasa diri tak cukup sempurna, punca kekasih sanggup curang

ARTIKEL BERKAITAN:Sophia Albarakbah pernah rasa takut tegur pelakon senior, isu buli tak berlaku tanpa sebab

“Sebab saya yang kena hidup dengan orang itu, jadi lebih baik saya pilih sendiri,” jelasnya.

Berkongsi ciri-ciri lelaki dicari, Sophia berkata dia suka pada seseorang yang mempunyai sifat pemurah dalam diri.

Bagaimanapun keutamaan Sophia ketika ini adalah pada kerjaya kerana mahu menjadi seorang wanita berdikari.

Sophia fokus kerjaya buat masa sekarang.

“Saya tak cari lelaki kaya, tapi lebih suka pada lelaki bersifat pemurah.

“Bila seseorang itu pemurah dia tidak berkira untuk berbelanja buat isteri dan keluarga.

“Tapi buat masa ini saya mahu fokus kerjaya dan cari duit sendiri,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top