SEKIRANYA mempunyai teman wanita, Zaki Yamani akan memilih merahsiakan percintaannya daripada pengetahuan umum.
Zaki atau Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah, 19, berkata, dia mahu dikenali kerana bakat sebagai penyanyi dan bukan kisah peribadi.
Bagaimanapun kata Zaki, ketika ini dia masih single dan mahu memberikan fokus kepada karier memandangkan masih muda.
Zaki tak mahu dikenali dengan kisah peribadi.
“Saya anggap kontroversi cinta itu perkara biasa. Kalau digosipkan pun, saya okey saja.
“Tapi kalau boleh, saya lebih suka diam-diam. Saya tak mahu orang bertanya.
“Sekarang saya masih single dan kalau saya bercinta sekalipun, saya tidak akan kongsi dengan orang,” katanya kepada mStar.
Zaki berkongsi perkara itu ketika ditemui pada pelancaran muzik video lagu duet bersama Putri Dahlia berjudul Aku Ada di Puchong, Selangor pada Jumaat.
ARTIKEL BERKAITAN:Zaki Yamani ada sebab tolak tawaran universiti awam, mula sesuaikan diri sebagai mahasiswa
ARTIKEL BERKAITAN:Zaki Yamani beli Mercedes-Benz, bukan nak berlagak tapi kena jaga imej
Dalam pada itu, Zaki menolak tindakan itu kerana mahu menyembunyikan orientasi seksualnya.
Tegas Zaki, dia bukan seorang pengamal hubungan songsang dan bimbang jika ada pihak berfikir perkara itu.
“Saya straight. Takut nanti ada fikir saya gay pula! Saya sembunyikan hubungan bukan sebab saya nak sorok orientasi.
“Saya cuma tak mahu netizen salah faham. Malu juga kalau ayah saya salah sangka.
Biasanya saya yang ditinggalkan.
ZAKI YAMANI
PENYANYI
“Setakat ini belum pernah ada gosip macam tu, jadi saya jelaskan awal-awal,” katanya.
Berkongsi mengenai kisah cinta, Zaki mengakui pernah beberapa kali menjalinkan hubungan namun semuanya tidak kekal lama.
“Saya banyak kali putus cinta tapi saya bukan kaki perempuan. Biasanya saya yang ditinggalkan.
“Tak semestinya orang pilih sebab rupa saja,” ujarnya.
Zaki rupanya pernah dikecewakan.
Mengulas hubungannya dengan Putri Dahlia, Zaki menjelaskan mereka hanyalah kawan rapat dan sudah lama saling mengenali.
“Kami memang ada chemistry yang baik, tapi kalau saling berpandangan pun, kami akan ketawa.
“Jadi saya rasa hubungan itu tak akan jadi lebih daripada kawan,” ujarnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube