RSS Suria

Staf senior ‘berbulu’ junior kurang pengalaman naik pangkat! Gaji je ‘lebat’, emel mudah pun tak reti balas

DALAM sesebuah organisasi, kenaikan pangkat sememangnya sesuatu yang dinanti-nantikan oleh setiap individuterutamanya yang telah lama berkhidmat.

Bukan sekadarpengiktirafan, malah ia menjadi satu motivasi untuk pekerjaterus menjalankan tugasdengan lebih gigih.

Namun tidak dapat dinafikan, isu pelantikan atau kenaikan pangkat ada kalanya mencetuskan ketegangan lebih-lebih lagi jika seseorang yang lebih layak diketepikan hanya disebabkan isu tertentu.

Dalam satu perkongsian di laman sosial, seorang individu meluahkan rasa tidak puas hati kerana ketuanya memilih individu yang dirasakan kurang layak untuk dinaikkan pangkat berbanding dirinya yang lebih berpengalaman.

Businessman was given a thumbs-up and compliments from his boss who successfully worked.Focus on the thumbKenaikan pangkat merupakan satu bentuk penghargaan atas usaha dan prestasi seseorang dalam kerjaya. -Gambar hiasan

“Apa yang awak akan rasa kalau kita dah bekerja hampir tujuh tahun dekat company, pengurus awak naikkan jawatan senior executive dekat junior yang baru kerja situ empat tahun?

“Jadi sekarang ni basically dia senior executive, saya pula still executive. Tapi apa-apa masalah dia rujuk saya untuk buat keputusan.

“Walaupun nak balas emel mudah kepada klien pun dia masih minta tolong. Saya tak tahu nak react macam mana, faham tak?” tulisnya dalam perkongsian berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN:Rupanya ada pekerja tak kisah gaji rendah… Syukur dapat bos baik, kawan ofis bukan jenis toksik!

ARTIKEL BERKAITAN:Bos rasa tak ‘secure’, gigih pergi ofis hari cuti ‘stalk’ WhatsApp web pekerja! Staf rujuk peguam, jawapan menghampakan

Menurut individu berkenaan, dirinya diketepikan untuk dinaikkan pangkat disebabkan isu kehadirannya yang sedikit merosot sebelum ini.

“Sebab dua tahun lepas saya mengandung anak sulung dan kehadiran saya teruk, dia masih ungkit ya sampai sekarang anak dah berusia dua tahun.

“Dan saya banyak ambil cuti kecemasan (EL) sebab anak selalu sakit. Saya dah kurangkan EL tahun ini… rasa ralat bila anak sakit saya kena kerja dan cuti perayaan pun kerja. Kemudian jadi macam ni pula,” ujarnya.

Jangan buat kerja melebihi skop sebenar. Kemas kini resume dan cari kerja yang lebih baik.

NETIZEN

Tidak berniat untuk memperlekehkan rakan sekerjanya, namun individu berkenaan berkata dia hanya sekadar meluahkan rasa terkilan kerana merasakan dirinya seolah-olah memainkan peranan seperti eksekutif kanan.

“Dalam syarikat yang saya kerja sekarang, iya, gaji (eksekutif kanan) jauh beza dan elaun dapat pun banyak,” katanya lagi.

Reaksi warga maya terhadap perkongsian berkenaan.

Di ruangan komen, warga maya melontarkan reaksi yang pelbagai namun rata-ratanya menyarankan individu berkenaan mencari pekerjaan di syarikat lain di mana kemahiran dan kelayakannya dihargai dan mendapat bayaran setimpal.

Girl, lebih baik awak cari peluang kerja di tempat lain. Di situ persekitaran toksik… penuh dengan berat sebelah dan favouritism.

“Pengurus awak tahu potensi sebenar awak. Pengurus toksik mahukan ‘pengikut’. Mereka tidak akan menghargai bakat.

“Jangan buat kerja melebihi skop sebenar. Kemas kini resume dan cari kerja yang lebih baik,” antara komen netizen.

Scroll to Top