RSS Suria

“Status kami sudah cukup jelas” – Tiada lagi hubungan cinta, Aedy Ashraf dan Amelia Henderson kekal berkawan

HUBUNGAN terbina putus di tengah jalan, pelakon Aedy Ashraf lebih selesa berkawan baik dengan bekas teman wanitanya iaitu Amelia Henderson tanpa membabitkan sebarang perasaan romantik.

Aedy atau Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, 31, berkata, dia juga tidak masalah untuk terus bekerjasama dengan Amelia jika ada sebarang projek melibatkan mereka berdua selepas ini.

“Betul (hanya berkawan). Rasanya status kami sudah cukup jelas. Kami sudah tiada apa-apa dan masih berkawan.

aedy 1

Aedy tetap mengekalkan hubungan baik dengan Amelia.

“Saya tiada masalah untuk bekerjasama dengan Amelia,” katanya kepada mStar.

Aedy ditemui ketika majlis penutup penggambaran filem terbaharunya berjudul Kahar Kapla High Council yang berlangsung di Petaling Jaya pada Rabu.

Dia menjawab perkara tersebut sebagai respon kenyataan Amelia yang memberitahu mereka sudah tiada hubungan istimewa.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Aedy Ashraf tak cemburu Sharnaaz kongsi foto bersama Amelia Henderson, anggap itu pujian seorang abang

ARTIKEL BERKAITAN: Amelia Henderson hanya kawan Aedy Ashraf, hubungan dah tak rapat macam dulu

Malah dalam satu temu bual sebelum ini, Amelia juga memberitahu tidak lagi akan kembali bercinta dengan Aedy.

Sementara itu, bercakap tentang filem arahan Razaisyam Rashid itu, Aedy memberitahu selain berlakon dia juga banyak berkongsi pengalaman dengan pelakon lain yang rata-ratanya merupakan pendatang baharu dalam dunia lakonan.

Kata Aedy perkongsian tersebut diharap dapat membantu mereka mengharungi dunia seni dengan lebih lancar kerana dia sendiri pernah berada di situasi sama.

Kami sudah tiada apa-apa dan masih berkawan.

AEDY ASHRAF

PELAKON

“Dalam filem ini saya memegang watak sebagai seorang abang dan saya bawakan karakter itu ketika penggambaran.

“Kalau boleh saya tidak mahu mereka lalui apa pernah terjadi kepada saya. Saya bantu dari sudut persiapan termasuk memperkenalkan mereka kepada orang yang sepatunya untuk latihan boxing. Saya juga tukang kejutkan mereka di lokasi.

“Saya pernah melalui pengalaman di mana perlu siapkan diri sendiri untuk berlakon sebuah filem aksi tanpa bantuan produksi.

aedy 2

Kahar Kapla High Council bakal ditayangkan di pawagam pada November depan.

“Walaupun sudah melakukan yang terbaik, tetapi apabila ditayangkan saya rasa ada perkara boleh diperbaiki,” ujarnya.

Selain Aedy filem ini turut dibarisi pelakon lain seperti Amir Ahnaf, Sky Iskandar, Thompson Goh, Fadhli Masoot dan Fazziq Muqris.

Filem terbitan Astra Shaw ini akan memulakan tayangan pada November nanti.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top