RSS Suria

Suami asyik ajak tambah anak tapi pemalas! Wanita minta kaum isteri fikir dulu emosi, kesihatan mental sebelum setuju

ANTARA nikmatterbesar suami isteri adalah dikurniakancahaya mata yang menjadi pelengkap dan pengeratkasih sayang dalam keluarga.

Setiap anak yang lahir adalah satukeberkatan dan rezeki buat keluarga, justeru tidak hairanlah setiap pasangan berusaha mendapatkan cahaya mata.

Seorang wanita berpandangan pada zaman kini setiap pasangan yang ingin menambah anak perlu berfikir semasak-masaknya bagi mengelak tekanan di kemudian hari.

Wanita cukup beremosi sekiranya suami tidak bertanggungawab. -Gambar hiasanWanita cukup beremosi sekiranya suami tidak bertanggungawab. -Gambar hiasan

“Zaman sekarang ni sebelum nak tambah anak, kena tengok diri sendiri dulu. Tengok emosi OKke tak.

“Tengok suami tu membantu ke tak atau suami tu banyak buat hal ke ataupun masa mengandung banyak makan hati?” kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN:Suami pemalas, kaki phone ada hati desak tambah anak! Isteri tak setuju diugut kahwin dua, guna modal tak dapat layanan batin

ARTIKEL BERKAITAN:Wanita dah 6 kali beranak czer, suami nak tambah lagi 2 anak! Ini nasihat doktor, orang lelaki kena fikir-fikirkan

Menurut wanita itu, andai suami tidak membantu, sebaiknya para isteri mengelak daripada menambah ahli keluarga.

“Kalau emosi pun suami tak pandai nak jaga, suami pemalas, lebih baik jangan tambah anak.

“Kalau laki mintatambah anak kau OKkan je tapi dalam masa sama makan pil perancang,” kata wanita itu.

Jelasnya, isu anak ramai tidak hanya melibatkankewangan, sebaliknya emosi ibu bapa juga perlu dijaga kerana masing-masing mempunyaitanggungjawab.

Tahap kesihatan fizikal dan mental setiap daripada kitaberbeza.

NETIZEN

“Bab duit boleh dicari tapi kalau mental fizikal tak kuat ni bahaya tau.

“Silap-silap anak-anak jadi mangsa untuk puaskan hati sendiri yang tersakiti,” katanya.

Perkongsian itu disokong warga maya yang berpandangan setiap pasangan perlu bertanggungjawab dan tidak lepastangan kepada sebelah pihak sahaja dalam mengurus anak.

Ibu bapa perlu sama-sama bertanggungjawab mengurus anak-anak. -Gambar hiasanIbu bapa perlu sama-sama bertanggungjawab mengurus anak-anak. -Gambar hiasan

“Kalau laki tu pemalas, perangai toksik, buat bini makan hati selalu, buat apa nak tambah beban? Anak bukan eksperimen, bukan sekadar nak cukupkan bilangan.

“Lagi-lagi kita yang jaga anak 24 jam. Anak pula tak boleh tak ada kita. Tambah pula menyusu, memang bermain dengan hormon dan emosi jela dari mengandung sampai dua tahun.

“Orang senang cakap, yang menanggung ni kita. Tahap kesihatan fizikal dan mental kita berbeza. Cara penjagaan kita juga berbeza,” kata netizen.

Scroll to Top