RSS Suria

Suami baran tengking isteri depan rezeki, nasi baru masak dikata basi… Anak sedih ibu berpanas naik motor beli makanan ganti

SEORANG lelaki yang bergelar suami dan bapa sepatutnya menjadi pelindung seluruh ahli keluarga.

Sebagai ketua keluarga, mereka perlu menunjukkan contoh dan tauladan yang baik yang boleh menjadi ikutan anak-anak dan isteri.

Di TikTok, seorang individu tular selepas berkongsi perjalanan hidupnya yang dibesarkan oleh bapa yang bersikap panas baran.

mak3

Masakan ibu sentiasa menjadi kegemaran anak-anak. -Gambar hiasan

“Saya benci cara ayah layan ibu saya selama hampir 20 tahun. Setiap kali makan, ada dalam dua ke tiga kali setahun, berlaku kejadian nasi terlebih air.

“Ayah akan mengadu nasi basi atau tak masak. Padahal kami adik-beradik makan sedap je dan lahap sebab masakan ibu saya sedap gila. Tak kisah pun nasi lembik,” ujarnya.

Menurut pengadu, dia berasa hairan memikirkan selera bapanya yang serba tak kena, sedangkan dia dan adik-beradik lain cukup berselera makan makanan hasil air tangan ibunya.

Ibu saya terpaksa naik motor tengah panas pergi cari nasi bungkus untuk perut bodoh kau.

PENGADU

“Hari ini berlaku lagi ayah tuduh ibu masak nasi yang basi, padahal nasi tu nasi ayam dan berwarna kuning. Mungkin bau pewarna dan aroma tumisan dan bagi saya sempurna je, tak lembik sangat, just nice.

“Tapi ayah mengadu sampai buang nasi dia makan dan tak nak makan. Padahal kami tiga beradik makan tambah dua kali.

“Nasi tu ibu masak pukul 1 tengah hari, hidang kepada ayah pukul 4 petang. Mengarutlah kalau basi,” ujarnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: “Abah cekik leher along!†– Adik saksi bapa panas baran, 6 beradik hilang rasa hormat… Masa sakit seorang pun tak jenguk

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri panas baran, silap sikit terus naik tangan! Suami akhirnya buka mata, ‘angkat kaki’ lepas 10 tahun didera

Dalam perkongsian sama, pengadu menyifatkan bapanya sebagai orang yang tidak tahu bersyukur, namun sikap baran itu semakin berkurang seiring perubahan usianya.

“Kau sepatutnya bersyukur, makan je apa ada. Tapi nak juga mengadu, buat muka sampai ibu saya terpaksa naik motor tengah panas pergi cari nasi bungkus untuk perut bodoh kau.

“Saya benci cara dia mengadu semua benda padahal dari saya kecil sampai besar, tak pernah sekali pun nak tolong kerja rumah. Cuci pinggan lepas makan pun tak pernah, kau tinggal macam tu je atas meja.

“Ayah saya masih lagi lakukan tanggungjawab sebagai bapa, bagi duit belanja semua tu. Sekarang kurang dah baran berbanding 10 tahun lepas tapi tu la sampai sekarang rasa janggal nak bercakap dengan dia,” cerita pengadu lagi.

mak2

Seorang isteri tidak sepatutnya dilayan buruk oleh suaminya. -Gambar hiasan

Di ruangan komen, ramai netizen turut bercerita mengenai pengalaman sama dibesarkan oleh seorang bapa yang bersikap panas baran.

“Faham sangat. Sebab tu saya suka makan sendirian. Sebab ayah suka tengking mak saya.

“Sama bapa aku. Sekarang aku anggap dia macam orang tua yang perlu dihormati je.

“Kita tak sekuat mak kita. Semoga mak kita semua dapat syurga tertinggi atas kesabaran dia layan kerenah kita semua,” tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top