ANGGAP macam anak angkat konon, rupanya suami menyimpan perasaan terhadap seorang gadis yang umurnya hampir sebaya dengan anak sendiri.
Demikian luahan yang dikongsikan seorang wanita mengenai perangai ‘miang’ suaminya yang ‘kantoi’ kerap mengganggu seorang gadis menerusi penghantaran mesej.
Tidak mendedahkan identiti diri, wanita tersebut berkata kisah bermula apabila suaminya bekerja secara separuh masa sebagai kru acara.
Tiada wanita yang mahu dicurangi suaminya. -Gambar hiasan AI
“Satu hari tu dia join satu event besar dekat Shah Alam. Dekat situ dia kenal part-timer juga budak-budak sekolah tingkatan lima. Dalam ramai-ramai budak tu, dia kata suka tengok seorang budak ni.
“Rajin katanya. Dia anggap anak angkat je la. Aku beritahu aku tak sukalah dia nak ada anak dara sebagai anak angkat. Anak sendiri pun dah sekolah menengah masa tu. Nak anak angkat buat apa lagi?” kongsinya.
Dipendekkan cerita, selang beberapa minggu selepas dia menegur suaminya, wanita itu tergerak hati untuk membuka aplikasi WhatsApp yang dihubungkan kepada tablet.
ARTIKEL BERKAITAN: Suami terlalu ‘liberal’, bercerita hal perempuan lain dengan isteri… Mak janda hujung rumah pasang ‘aircond’ pun tahu!
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri dah lali suami curang… Siap bawa skandal balik rumah zina di segenap ruang, atas sofa pun jadi! Kini atur strategi nak cerai
Seperti yang dijangka, ujar wanita itu, dia menemui bukti bahawa suaminya kerap menghantar mesej kepada gadis berkenaan.
“Bukan main husband aku chat dengan budak tu. Doakan dalam solat. Siap tanya dah mandi ke? Memang berapi aku baca WhatsApp tu.
“Aku terus call dia. Pukul 2 pagi dia sampai rumah, merayu-rayu minta maaf, mengaku kesalahan dia. Berjanji takkan buat lagi,” ceritanya.
-
Suami berkenalan dengan seorang pelajar tingkatan 5 semasa menjadi kru acara secara sambilan.
-
Suami kata hanya anggap gadis itu seperti anak angkat.
-
Isterinya menemui mesej-mesej ‘mesra’ suami kepada gadis tersebut.
-
Setelah kantoi, suami merayu dan berjanji untuk berubah.
-
Walaupun sudah dimaafkan, suami mengulangi perbuatan sama dan beri alasan mahu anak perempuan.
Tambah wanita tersebut, suaminya malah menyekat (block) nombor telefon serta akaun media sosial gadis berkenaan untuk mengelakkan dirinya daripada mengulangi perbuatan sama.
Namun ujarnya, naluri seorang isteri dapat menghidu sesuatu dan seperti dijangka, suaminya masih tidak dapat melupakan gadis berkenaan.
“Kantoi kali kedua. Demi anak-anak aku maafkan lagi. Alasan dia katanya nak ada anak perempuan lagi. OK fine aku jawab, aku boleh bagi kau anak perempuan.
“Kuasa Allah, bulan berikutnya aku betul-betul pregnant. Dan aku hamil baby girl,” luahnya.
Sebahagian komen netizen.
Sepanjang hamil, wanita itu berkata dia beberapa kali mengesan suaminya masih ‘mengintip’ (stalk) media sosial gadis berkenaan namun mengambil langkah berdiam diri kerana tidak mahu kandungannya terjejas sehinggalah tiba masa bersalin.
“Saya harap benda ni tak berpanjangan. Semoga inilah titik noktah untuk saya kembali bahagia,” luahnya lagi.
Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap wanita tersebut, selain mengecam tindakan suami yang tidak setia.
Dalam pada itu, ada juga yang menasihati wanita tersebut agar tidak terlalu mudah memaafkan jika suaminya terus mengulangi kesalahan yang sama.