SIFAT semula jadi wanita ingin dibelai dan dimanja serta mendambakan seorang suami yang penyayang lagi romantis.
Bagi kebanyakan lelaki, mereka menganggapnya sebagai sesuatu yang remeh sedangkan untuk wanita sekecil-kecil perhatian yang diberikan dirasakan sangat bermakna.
Seorang isteri yang baru dua tahun melayari bahtera perkahwinan membuat satu hantaran di media sosial mengenai situasi yang berlaku dalam rumah tangganya.
Ibu kepada seorang anak ini berkata, dia sering mempunyai keinginan untuk bermanja-manja dengan suami namun lelaki itu tidak memberikan respons seperti diharapkan.
Sentuhan fizikal dan hubungan intim mampu merapatkan hubungan suami isteri. -Gambar hiasan
Malah menurutnya, sesi ‘bersama’ dengan suami juga sudah tidak hangat seperti mereka baru berkahwin dulu.
“Saja nak meluah, saya berkahwin baru dua tahun dan anak seorang. Saya dengan suami jarang bersama sejak dah ada anak ni.
“Sejak berkahwin tak pernah suami mulakan dulu. Maafkan saya dengan cara perkongsian saya. Cuma satu ‘pusingan’ yang tak sampai tiga minit. Itulah dari awal berkahwin sampai sekarang.
“Tadi ada gaduh sikit dengan suami, saya beritahu saya ingin dia (suami) tunjuk usaha untuk mulakan dulu, suami cuma kata dia (suami) setiap hari tertekan sebab fikir nak bayar hutang,” luahnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Suami gelisah, gara-gara perancang isteri asyik tolak ‘bersama’ macam tak bernafsu! Beri alasan letih, buat kerja tak seberapa
ARTIKEL BERKAITAN: Rasa berdosa kalau pendam, suami mengaku bernafsu tengok adik ipar walau jaga aurat! Isteri buntu, tak berani halau darah daging sendiri
Tambahnya lagi, sebagai wanita dia mahu berasa dirinya diperlukan oleh suami namun lelaki itu menganggap perkara-perkara seperti ini tidak penting.
Bergelar suri rumah sepenuh masa, dia berkata tidak pernah meminta-minta daripada suaminya malah berusaha untuk mencari duit sendiri.
“Saya manusia biasa, teringin nak rasa ‘diinginkan’ dan sepanjang berkahwin suami tak pernah mulakan dahulu.
“Dia (suami) anggap benda ni tak penting. BTW (by the way) saya suri rumah, sangat jarang minta macam-macam pada suami.
Saya manusia biasa, teringin nak rasa ‘diinginkan’ dan sepanjang berkahwin suami tak pernah mulakan dahulu.
ISTERI
“Kalau saya teringin makan luar saya akan bayar, suami ada bagi nafkah tu saya gunakan. Kalau saya teringin beli apa-apa saya beli di platform e-dagang dan bayar secara ansuran,” jelasnya lanjut.
Wanita ini mendedahkan, bagi membeli barangan keperluan anaknya, dia menggunakan wang yang disedekahkan kepada bayi.
Menyentuh bab kewangan, wanita ini mengklasifikasikan suaminya di bawah kategori ‘mampu’ tetapi lelaki itu lebih suka berhutang untuk keperluan sendiri seperti membeli motosikal, basikal dan iPhone.
Secara keseluruhannya, wanita ini berkata suaminya adalah seorang lelaki baik cuma tiada sisi kemesraan ditonjolkan terhadap isteri, anak dan keluarga.
Masalah rumah tangga antara faktor wanita mengalami tekanan emosi. -Gambar hiasan
“Suami saya baik je, cuma bab batin ni dia macam kurang. Panggilan kami pun ‘awak’ ‘saya’ je walaupun saya teringin nak suami panggil saya sayang.
“Salah ke apa yang saya rasa? Atau saya penting diri?” soalnya.
Menerusi ruangan komen, individu ini turut memberitahu sentuhan fizikal di antara mereka berdua juga kurang berlaku, malah suaminya cuba mengelak setiap kali berselisih bahu.
“Kami jarang physical touch ni. Jalan nak selisih bahu pun elak. Alasan dia (suami) dari dulu sampai sekarang sebab malu.
“Rasa macam syok sendiri. Akhirnya buat biasa saja. Dah orang (suami) tak mahu. Dah suruh pergi berurut dia (suami) cakap saya gila,” katanya lagi.
Perkongsian ini mendapat perhatian warga maya bahkan ada juga yang mempunyai pengalaman sama.
Ada juga yang menasihati wanita ini untuk membawa suaminya mendapatkan rawatan dan bantuan.
“Sabar tau! You’re not alone sis. Situasi kita sama, memang pendam je selagi boleh. Tapi hati ni lama-lama jadi tawar. Entahlah, dah dekat tahap hadap je selagi boleh.
“Saya lain , saya yang tak ada mood bila nak bersama. Kadang dah set minda dari siang dan cukup rehat, tapi bila malam auto rasa tak nak, kesian pada suami pun ye.
“Saya pernah berada di tempat sama dulu. Memang ada lelaki yang macam ni. Suami saya pun bagi alasan yang sama. Kena banyak berkomunikasi dengan suami. Mula-mula memang susah,” demikian antara komen netizen.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube