BERAPA agaknya gaji yang benar-benar mencukupi untuk mewujudkan sebuah rumah tangga dan keluarga yang bahagia?
Jawapan kepada persoalan itu pasti ramai ingin tahu tapi perkara ini sangat subjektif dan berbeza untuk setiap individu.
Perkara sama turut menjadi tanda tanya seorang wanita yang ingin tahu sama ada gaji suaminya mencukupi untuk menampung kehidupan sekeluarga atau sekadar cukup makan.
Wanita turut bekerja dan mempunyai sumber pendapatan sendiri. -Gambar hiasan
Kebimbangan itu timbul kerana si isteri sedar suaminya bergaji kecil tetapi tetap mahu menanggung perbelanjaan keluarga seorang diri meskipun dia juga bekerja dan mempunyai pendapatan bulanan.
“Suami tak nak saya tolong perbelanjaan rumah walaupun saya bekerja. Suami cakap dia ketua keluarga. Apa yang dia fikir sebenarnya?
“Saya hanya beli benda-benda yang saya mahu sajalah untuk kegunaan di rumah,” katanya menerusi satu luahan di laman X.
ARTIKEL BERKAITAN: Usaha cari nafkah lepas dipecat, enggan dilabel ‘biawak hidup’… Isteri bergaji besar malu suami kerja sementara jadi pak guard
ARTIKEL BERKAITAN: Gaji 2K sebulan dihabiskan untuk keluarga… Ibu tak nampak pengorbanan anak, ‘sedap’ tuduh boros kalau cakap tak ada duit
Bercerita lanjut, katanya, antara barangan yang dibeli menggunakan duit gajinya termasuklah pinggan mangkuk, periuk, wok, perabot dan perhiasan rumah.
Bagaimanapun, suaminya tetap berkeras mahu menanggung segala perbelanjaan, justeru sebagai isteri dia bimbang memikirkan status kewangan pasangan.
Dapat suami yang kedekut, masalah. Dapat suami yang provider pun masalah.
WARGA MAYA
“Gaji dia cuma RM3,500 je. Risau dia tak ada simpanan,” ujarnya tanpa mendedahkan pekerjaan masing-masing.
Luahannya itu menarik perhatian warga maya dengan rata-ratanya menyifatkan wanita itu bertuah kerana bersuamikan lelaki yang bertanggungjawab.
Setiap pasangan mengimpikan perkahwinan yang bahagia. -Gambar hiasan
Walaupun bergaji kecil dan dirinya mempunyai sumber pendapatan sendiri, namun suaminya tidak pernah mengeluh jauh sekali mengambil kesempatan.
“Laki hang tak salah. Dia ada sifat tanggungjawab. Beli je, itu duit hang. Barang yang hang nak beli tu pastikan dia pun okay.
“Tak faham dengan isteri-isteri zaman sekarang. Dapat suami yang kedekut, masalah. Dapat suami yang provider pun masalah. Nanti esok-esok dia mula culas nak bagi nafkah, kau juga yang meroyan.
“Laaa, kalau dia dah sediakan semua… kau gunakanlah duit tu untuk simpanan dan percutian,” demikian antara komen warga maya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube