PERKAHWINAN bukan sekadar penyatuan dua insan, tetapi juga permulaan kepada satu tanggungjawab yang lebih besar.
Selepas akad dilafazkan, bermulalah fasa baharu yang menuntut komitmen, tolak ansur, dan kesediaan untuk memikul amanah sebagai pasangan hidup.
Namun menerusi satu hantaran di media sosial, seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila perkahwinan yang didirikan atas dasar cinta hanya mampu bertahan selama tujuh bulan.
Segelintir wanita berharap mendapat pasangan yang sekufu. -Gambar hiasan
Lebih menambah rasa pilu, suami yang dikenali selama bertahun-tahun lantang menyuarakan kerinduan untuk hidup sebagai orang bujang.
"Ya Allah pedihnya. Kuatkanlah aku… aku diceraikan atas sebab tiada rasa cinta sahaja.
"Berkahwin tak sampai tujuh bulan. Diharamkan ada zuriat daripada dia, kenapa diuji begini. Kuatkanlah semangat aku," luahnya menerusi hantaran di media sosial.
ARTIKEL BERKAITAN: Lepas berjaya buka studio fotografi, suami kaki auta terus cerai isteri! Lupa diri dapat modal bisnes RM30,000
ARTIKEL BERKAITAN: "Ya saya penyondol, benda dah jadi" – Gadis 19 tahun mengaku kacau rumah tangga orang, anggap ujian Allah
Berdasarkan tangkap layar perbualan yang dikongsikan, kedua-dua mereka dilihat berbincang tentang rutin yang dulunya kerap dilakukan bersama namun kini semakin dilupakan.
Malah suaminya mengiayakan sahaja pertanyaan tentang sama ada dia rindukan kehidupan zaman bujang.
"Rutin sekarang awak hanya buat seperti masa bujang… ini yang awak rindukan?" aju wanita ini kepada suaminya.
Ada sebab Allah tak bagi awak zuriat dengan orang macam ni… mesti ada sesuatu yang disembunyikan.
WARGA MAYA
Luahannya itu mengundang rasa simpati warga maya sehingga ramai yang meninggalkan kata-kata nasihat dan sokongan terhadapnya.
Tidak kurang juga yang mendakwa suami wanita ini sebagai seorang gay dan berkahwin demi menutup hubungan songsang berkenaan.
"Pelik sangat sebab kos kahwin bukanlah murah, kalau orang normal mustahil akan kahwin sekejap dan kemudian hilang rasa cinta.
Netizen memberikan kata-kata semangat kepadanya.
"Kalau dah kahwin tapi nak hidup macam bujang, baiklah tak payah kahwin.
"Boleh jadi dia anak emak dan dengar kata sebelah keluarganya atau ada orang ketiga.
"Ada sebab Allah tak bagi awak zuriat dengan orang macam ni, awak bagilah pada orang lain sebab mesti ada sesuatu yang disembunyikan apabila berubah drastik macam tu," demikian reaksi warga maya.