SEORANG wanita meluahkan rasa hairan dengan sikap pasangan suami isteri yang tinggal berjiran dengannya kerana kerap melakukan hubungan intim di dalam kereta.
Menurutnya, tingkah laku mereka yang memilih untuk ‘bersama’ di dalam kereta menimbulkan ketidakselesaan kepada jiran sekeliling.
Terutama sekali apabila kedua-dua mereka kerap mengeluarkan bunyi yang tidak sepatutnya didengari oleh orang lain.
Ibu bapa perlu mengasingkan tempat tidur mereka daripada anak-anak. -Gambar hiasan AI
“Saya pelik, dah kahwin, ada rumah cantik, anak pun dah besar umur empat tahun, kenapa masih nak bersama dalam kereta?
“Bilik di rumah tak boleh reserved ke untuk suami isteri?,” kongsinya di media sosial.
ARTIKEL BERKAITAN: "Dia sentuh saya dalam kereta cermin gelap" – Wanita dedah terpedaya lelaki ‘anak mak’ berimej warak
ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki buat hubungan seks dengan kereta, akui jatuh cinta dengan objek tak bernyawa sejak tahun 2005
Menurut wanita berkenaan, dia dan suami tinggal di rumah teres yang dikelilingi keluarga lain, menjadikan perbuatan pasangan itu turut mengganggu jiran-jiran.
"Kami pun duduk rumah teres. Suami isteri ni duduk sebelah rumah kami. Apabila bersama dalam kereta, mestilah ada bunyi-bunyi yang mengganggu terutama waktu malam.
“Anak-anak saya yang masih kecil, umur setahun lebih dan lima bulan, terganggu tidur mereka," katanya.
- Pasangan suami isteri didakwa kerap lakukan hubungan intim dalam kereta.
- Perbuatan itu mengganggu ketenteraman jiran dengan bunyi-bunyian yang tidak wajar.
- Jiran serba salah untuk menegur kerana bimbang menimbulkan ketegangan.
- Anak-anak kecil turut terjejas tidur akibat gangguan bunyi dari kereta pasangan terbabit.
- Netizen berpandangan mungkin faktor anak tidur bersama jadi punca.
Tambahnya lagi, dia serba salah untuk menegur kerana bimbang menimbulkan ketegangan sesama jiran.
Namun tindakan pasangan itu seolah-olah tidak memikirkan sensitiviti dan adab berjiran.
"Saya tak nak normalisasikan orang bercinta kena bersama dalam kereta. Tapi mungkin ada orang yang sebelum kahwin dah biasa buat begitu, jadi apabila dah halal pun mereka terbawa-bawa.
“Saya tanya sebab tak faham kenapa mesti bersama dalam kereta walaupun dah halal. Rumah teres sini luas bukannya sempit,” katanya.
Reaksi warga maya
Wanita itu turut menyatakan bahawa dia pernah melihat pasangan itu berkongsi status di media sosial menunjukkan anak mereka tidur bersama, sekali gus mungkin menjadi punca kepada perkara tersebut.
"Saya bukan nak jaga tepi kain orang, tapi sebagai jiran rasa kurang selesa. Kalau duduk rumah high-rise, mungkinlah tak ketara.
“Tapi ini rumah teres, jiran kiri kanan boleh dengar," katanya berharap ada penyelesaian sewajarnya bagi menjaga keharmonian kejiranan.
Netizen berpandangan, mungkin faktor anak tidur bersama menyebabkan pasangan berkenaan memilih kereta sebagai tempat melepaskan nafsu.
“Mungkin sebab anak tidur sekali, jadi tak da tempat untuk mereka nak geli-geli.
“Panggil jabatan agama sergah. Payah sangat. Laki bini, tak laki bini… benda begitu tetap salah.
“Risaunya ada jiran macam ni, kita dah ada anak yang meningkat remaja,” kata warga maya.