RSS Suria

Suami isteri jual nasi lemak boot kereta dianiaya pelanggan tua… Sekelip mata tarik RM100 daripada bakul duit

SEPASANG suami isteri yang mencari rezeki dengan meniaga nasi lemak reda dan berlapang dada sungguhpun baru saja dianiaya pelanggan.

Dalam perkongsian di TikTok, si isteri mendakwa seorang pelanggan mencuri wang RM100 ketika dia sedang berniaga bersama suaminya.

“Hari ini Allah uji kami suami isteri waktu berniaga. Dalam sibuk-sibuk layan pelanggan, ada seorang pakcik beli nasi dengan harga RM23.

Antara foto yang dikongsi menerusi akaun TikTok peniaga wanita itu.

“Dalam tak sedar, dia ambil duit RM100 daripada bakul duit hasil jualan kami. Apabila suami kira dan minta bayaran, pakcik tu hulur balik duit yang dia ambil tadi.

“Kami sangka itu duit dia. Suami minta baki RM3, dan kami pulangkan lagi RM80,” tulis wanita itu di aplikasi TikTok.

Berdasarkan foto yang dimuat naik, pasangan itu berniaga nasi lemak menggunakan kereta di lokasi yang tidak dinyatakan.

Teguran Allah supaya berhati-hati… jangan campur duit besar-besar dalam bekas yang sama.

NETIZEN

Di sebalik ujian itu, peniaga tersebut berkata dia dan suaminya menerima apa yang berlaku dengan hati terbuka.

Malah, mereka turut mendoakanagar pelaku diberikan kesedaran dan tidak mengulangi jenayah sama pada masa depan.

“Kami tak terus tuduh, tapi apabila semak semula, sah itu duit dari bakul kami (dia curi). Berat rasa hati, tapi mungkin ini ujian Allah nak tengok sejauh mana sabar dan reda kami.

ARTIKEL BERKAITAN:Peniaga ‘crush’ pelanggan cun selalu datang gerai… Teruja dapat tukar nombor telefon, tapi ‘down’ lepas tengok status

ARTIKEL BERKAITAN:Peniaga pengotor! Wanita loya tekak jumpa gumpalan dedak saiz bola pingpong dalam ayam panggang

“Kami doa semoga pakcik itu diberi hidayah dan rezeki kami diganti dengan yang lebih baik. Rezeki Alalh tak pernah silap. Kami teruskan berniaga dengan hati yang ikhlas. Allah tahu segalanya,” tulisnya lagi.

Di ruangan komen, seorang individu turut memberi cadanganagar pasangan peniaga itu mengasingkan duit bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

“Teguran Allah tu supaya berhati-hati. Jangan campur duit besar-besar dalam bekas yang sama.

Warong Kaklong, wrapped nasi lemak 50 sen.Starpix by Low Lay Phon.

Nasi lemak merupakan menu yang digemari ramai. -Gambar hiasan

“Macam (kedai) Eco, mereka terus asing duit RM50 dan RM100 untuk elak sebarang risiko,” tulis seorang pelayar TikTok.

Rata-rata netizen yang lain turut menitipkan kata-kata semangat agar pasangan itu terus kuat untuk mencari rezeki.

“Dugaan dik. Akak pun peniaga tepi jalan dulu. Orang larikan bekas duit hasil jualan. Akak reda dan ikhlaskan,” tulis netizen.

Scroll to Top