TRADISI pemberian duit raya sememangnya menjadi momen yang dinanti-nantikan, terutamanya oleh golongan kanak-kanak.
Disebabkan duit raya juga, adasegelintir ibu bapa sanggup’tebal muka’ apabila meminta duit raya tambahan bagi pihakanak-anak yang tidak mengikut merekapergi beraya.
Menerusi perkongsian di media sosial, seorang wanita menceritakan pengalamannya menerima kunjungan kenalan yang datang beraya ke rumahnya.
Tidak dinafikan hal membabitkan duit raya merupakan perkara sensitif.
Menurut wanita itu, ketika pasangan suami isteri berkenaan hendak pulang, dia menghulurkan sampul duit raya kepada dua orang anak mereka yang hadir.
Namun, secara tiba-tibakenalannyaitu tanpa segan silu meminta duit raya tambahan untuk diberikan kepada anak-anaknya yang berada di rumah.
“Petang tadi, ada kenalan datang rumah bawa dua orang anak dia. Comel sangat, lebih kurang umur empat tahun dan dua tahun.
“Dah siap makan minum semua, maka inilah saat-saat yang paling dinanti budak-budak. Lepas salam, aku pun hulurkan sampul duit raya dekat mereka.
ARTIKEL BERKAITAN:Ibu bapa muka tak malu, hari-hari ‘spam’ grup WhatsApp minta duit raya! Paling syahdu guna ayat ‘semoga ada rezeki untuk anak’
ARTIKEL BERKAITAN:Terkedu hadap seorang budak datang rumah kutip duit raya, tolong minta untuk 2 rakan lain – “Dia balik kejap, acik”
“Tiba-tiba terdengar mak dia cakap dengan selamba…Kat rumah ada lagi empat orang tu tak datang, tak dapat duit raya ke?” ujarnya.
Terkejut mendengar pertanyaan tersebut, si suami dilihat menjeling ke arah isterinya seolah-olah memberi teguran dan segera mematikan perbualan tersebut.
“Suami dia pun terus jeling kat isteri dia. Saya tunduk, pandang anak dia dan cakap… Kenapa abang dan kakak tak datang? Cik Hana bagi yang ada depan mata je.
“Terus ayahnya cakap…Itulah yang tak datang tak ada rezekilah tu, siapa suruh tak nak ikut,” kongsinya.
Suami dia pun terus jeling kat isteri dia.
NETIZEN
Dalam pada itu, wanita tersebut turut menasihatkan orang ramai agar menjaga adab ketika bertandang ke rumah orang, lebih-lebih lagi dalam hal membabitkan duit raya.
“Tolong ya, jangan buat perangai macam ni bila datang rumah orang! Janganlah meminta-minta, unless tuan rumah sendiri yang tanya dan memang nak kirimkan untuk yang tak hadir tu. Tadi rasa nak bagi, terus rasa turn off,” ujarnya
Menjengah ke ruangan komen, netizen turut berkongsi pengalaman berdepan situasi sama, malah tidak kurang juga ada mengecam sikap si ibu berkenaan.
Komen netizen di media sosial.
“Mak budak tu sama macam makcik-makcik yang datang majlis orang, lepas tu nak ‘tapau’ dadih untuk anak-anak kat rumah.
“Tak kan la benda macam ni pun nak kena ajar? Aduhai… betullah, common sense is not common anymore!
“Samalah, sis! Tapi yang ni budak tu datang. Dah bagi duit raya, dia minta satu lagi untuk kakak dia. Banyak cantik, kakak dia tak datang, dia pulakutipkan duit raya,” antara komen netizen.