SUAMI yang pulang lewat hampir setiap hari dari tempat kerja semestinya menimbulkan rasa sangsi dalam kalangan isteri.
Tidak terkecuali wanita apabila suaminya sejak kebelakangan ini pulang ke rumah sekitar pukul 4 pagi.
Melihat ‘rutin’ itu, dia menyangka suaminya sengaja melengah-lengahkan kepulangan dan tidak mahu meluangkan masa bersama keluarga.
Kesibukan bekerja menyebabkan ada ibu bapa terlepas masa berharga dengan anak-anak. -Gambar hiasan AI
“Lately ni suami aku asyik balik lambat je. Kerja dia memang memerlukan dia stay tengah malam kat site untuk pantau kerja staf.
“Semalam dia sampai rumah pukul 4 pagi. Aku perasan dia balik sebab rasa dia cium pipi aku masa aku tengah tidur,” katanya.
Bagaimanapun dia mula terbit rasa sangsi apabila melihat suaminya memegang telefon dalam suasana gelap.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita silap langkah kahwin lelaki corot SPM, asyik bagi pendapat bodoh! – "Pelat ‘R’ pula tu"
ARTIKEL BERKAITAN: Hancur hati suami jumpa aksi panas isteri dalam telefon, berasmaradana dengan kawan baik sendiri! – "Tak sangka siap bagi tubuh"
"Dia baring membelakangkan aku dan mula buka galeri telefon dia. Lama dia tenung gambar aku, lepas tu gambar anak.
“Dia buka video anak masa baby, sengih-sengih tengok. Waktu tu aku tahan air mata," luahnya lagi.
Paling menyentuh hati apabila suaminya memandang wajah anak mereka yang sedang nyenyak tidur di tengah katil, sebelum mengusap pipinya dengan penuh kasih.
- Isteri pernah bersangka buruk suami sengaja balik lewat.
- Suami pulang jam 4 pagi, cium pipi isteri diam-diam.
- Dia tenung gambar isteri dan anak sambil tersenyum.
- Suami usap pipi anak dan kepala isteri sebelum tidur.
- Isteri sebak, sedar suami sebenarnya rindu dan penat.
"Lepas tu, dia usap kepala aku. Masa tu aku rasa sayu sangat. Rasa bersalah pun ada sebab sebelum ni aku pernah fikir yang bukan-bukan bila dia balik lambat," katanya.
Tambah wanita itu, sebagai seorang isteri, adalah normal untuk sesekali dia berasa marah atau kecewa.
Namun, selepas melihat sendiri perlakuan suaminya yang penuh sifat kasih itu, barulah dia sedar bahawa rasa cinta dan rindu itu sentiasa ada, cuma mungkin tidak selalu dizahirkan dengan kata-kata.
“Sebelum dia keluar pergi kerja esoknya, aku luahkan semuanya. Aku minta maaf dan ucap terima kasih atas pengorbanan dia. Walau penat dan tak cukup rehat, dia tetap ingat kami,” katanya.
Reaksi netizen
Perkongsiannya itu mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen kerana mereka cukup memahami perjuangan suami dalam mencari rezeki.
“Bergelinang air mata baca ni. Saya menangis sebab gembira dengan kebahagiaan awak sekeluarga.
“Kesiannya para suami berjuang mengharungi hujan panas, keluar subuh, balik pun dah tiada matahari di langit, demi mencari rezeki.
“Jaga suami elok-elok, doakan dia sihat, selamat pergi balik kerja dan dapat kerja lebih baik yangg membolehkan dia ada masa dengan keluarga,” antara komen netizen.