‘ANAK emak’ sering menjadi gelaran sinis untuk menggambarkan kaum lelaki yang terlalu rapat dengan ibu mereka.
Lelaki ‘anak emak’ juga mungkin berdepan konflik rumah tangga apabila banyak keputusan dirujuk kepada ibu sehingga isteri berasa terpinggir.
Di aplikasi Thread, tular tangkap layar WhatsApp seorang lelaki yang didakwa lebih mementingkan ibunya berbanding isteri sendiri.
Menantu perlu menganggap mentua seperti ibu bapa sendiri. -Gambar hiasan AI
“Maaf saya balik rumah mak saya tanpa beritahu awak. Lebih baik ada jarak antara kita. Saya pilih syurga sebab mak saya syurga saya.
“Beri saya masa untuk fikir semua ini. Jaga anak baik-baik. Awak juga, jaga diri. Jangan salahkan emak saya sebab dia tak ada kena mengena.
“Dia cuma bagi nasihat yang baik untuk saya dan masa depan,” tulis lelaki itu kepada isterinya di WhatsApp.
Dia selalu cakap, "mak adalah syurga saya." Katanya, dia tak boleh halang atau bantah apa saja yang ibunya katakan.
ISTERI
Isterinya yang memuat naik tangkap layar perbualan mereka di WhatsApp itu mengakui mereka kini sudah tidak tinggal sebumbung.
Malah dia mendakwa, suaminya sering menggunakan alasan ‘syurga’ dan akan mengikut segala keputusan orang tuanya.
“Hari ini saya terima mesej daripada suami. Ya, hubungan kami memang sudah tiada persefahaman. Sekarang saya tinggal bersama ibu bapa saya.
ARTIKEL BERKAITAN: Suami ‘anak mak’ suka berkepit dengan ibu! Isteri hamil usung perut tunggang motosikal pergi kerja, berpantang sendiri
ARTIKEL BERKAITAN: Hak susukan anak pertama dirampas, suami suruh adik ipar kematian bayi jadi ibu susuan – "Dia kata saya nusyuz"
“Tapi kadang-kadang saya akan balik ke rumah untuk ambil pakaian dan barang-barang. Dia lebih memilih ibunya daripada anak anak.
“Dia selalu cakap, mak adalah syurga saya. Katanya, dia tak boleh halang atau bantah apa saja yang ibunya katakan,” tulis wanita itu.
Di ruangan komen, ramai kaum Hawa meluahkan rasa tidak puas hati dengan sikap lelaki itu.
Malah kata netizen, lelaki itu tidak sepatutnya berkahwin sekiranya dia tidak mampu untuk melayan wanita dengan baik.
Setiap hubungan pasti ada pasang surutnya. -Gambar hiasan AI
“Lelaki yang ada pemikiran macam ni tolonglah jangan kahwin lagi. Kau tak layak nak jadi suami lagi. Jauhi anak mak yang macam ni.
“Konon nak dapatkan syurga, ikut kata mak. Tapi dalam tak sedar ‘dikejar’ neraka kerana mengabaikan anak isteri.
“Bangganya menyebut syurga itu pada ibu dia, tapi dia lupa isteri juga amanah dan syurga tak pernah terbuka untuk lelaki yang ‘selekeh’ (abai) dalam tanggungjawabnya.
“Tak cukup ilmu agama bab rumah tangga lelaki ni. Dah aniaya anak bini,” antara komen netizen.