SIKAP kedekut dan tidak bertimbang rasa dalam kehidupan berumah tangga boleh menyebabkan sesetengah pasangan itu makanhati berulam jantung.
Walaupun pahit untuk ditelan, itulah hakikat yang terpaksa dilalui seorang wanita bergelar isteri.
Manakan tidak, sebagai suri rumahsumber kewangannya hanya bergantung sepenuhnya pada nafkah yang diberikan suami.
Suri rumah bergantung sepenuhnya sumber kewangan daripada suami. -Gambar hiasan
Meluahkan isi hati di laman sosial, wanita itu memberitahusuaminya memberikan sebanyak RM100 yang mana RM50 digunakan untuk membeli barang dapur, manakala selebihnya bagi mengisi minyak kereta.
Bagaimanapun demi memenuhi selera dan permintaan anak-anak, dia menggunakan sebahagian wang yang diperuntukkan itu, untuk membeli seekor ayam.
ARTIKEL BERKAITAN:Isteri bangga bergaji besar, sering mewahkan diri sendiri! Cuma kecewa tak dapat melancong sebab suami gaji kecil
ARTIKEL BERKAITAN:Sebelum kahwin dapat layanan ‘princess’, teman lelaki mewahkan dengan duit… Hari-hari ‘dating’ belanja RM100!
“Saya pegang amanah tu. Cuma semalam saya dah minta izin nak beli ayam untuk masak sebab suami kerja pagi.
“WhatsApp saya dibalas ‘okey’. Suami izinkan, saya pun beli pada harga RM14.50 seekor. Bukan selalu makan ayam, sesekali sahaja.
“Anak-anak tak kisah pun makan apa ada je. Cuma semalam, anak-anak nak makan ayam. Tapi apabila suami balik kerja pukul 8 lebih malam, masuk pintu terus marah-marah,” katanya.
Anak-anak tak kisah pun makan apa ada je. Cuma semalam, anak-anak nak makan ayam.
ISTERI
Menurut wanita itu, suaminya bukan sekadar menengking, malah memaki hamunseperti orang yang tiada perasaan dan perbuatan tersebut dilakukan di hadapan anak-anak.
Malah dia dituduh membazir kerana boros berbelanja dengan membeli seekor ayam.
Membeli lauk untuk masakan buat seisi keluarga. -Gambar hiasan
“Tapi dia beli rokok berkotak-kotak boleh pula. Saya diam, sabarkan hati. Salah ke saya beli ayam untuk anak-anak dan suami makan?
“Kalau masak telur, selalunya suami yang tak nak makan, alasan tak selera. Lagipun dia tahu saya dah minta izin. Dia tu kalau dapat duit je, beli barang online. Tahu-tahu barang sampai.
“Saya ni nak beli apa pun untuk diri sendiri, saya tahan tak beli. Melainkan betul-betul ada rezeki lebih,” jelasnya.
Namun paling dia terkilan apabila suami tergamak mengatakan dia bersama anak-anak sebenarnya menjadi beban dalam hidupnya.
“Saya sikit pun tak pernah berkira dengan suami apabila dia susah. Hutang duit anak RM600 pun dia tak bayar lagi.
“Janji nak bayar, masa nak pinjam baik sangat. Baran dia makin teruk sekarang. Rasa nak hampir gila hadap perangai dia yang tak semena-mena baran, nak mengamuk tak tentu hala.
“Anak-anak juga jadi mangsa kemarahan dia. Doakan saya dan anak-anak terus kuatmental, emosi saya sakit,” luahnyayang tidak tertahan lagi menanggung derita.