RSS Suria

Suami minta diberi wang setiap kali isteri mahu balik rumah ibu, ‘bayaran’ sebab tiada siapa nak uruskan makan pakai

BERDASARKAN cerita-cerita yang dikongsikan di media sosial, golongan wanita akan menjadi besar kepala apabila mereka bergaji lebih besar daripada suami.

Namun, hakikatnya tidak semua begitu kerana ada juga wanita dengan pendapatan bulanan tinggi ‘dibuli’ oleh pasangan.

Seorang wanita memaklumkan kerana bergaji besar, kesemua kad bank dipegang oleh suami yang memberikan alasan bimbang dirinya akan boros berbelanja.

Isteri bekerja bertujuan membantu meningkatkan ekonomi keluarga. - Gambar hiasan

Isteri bekerja bertujuan membantu meningkatkan ekonomi keluarga. -Gambar hiasan

“Bila nak naik pangkat, suami suruh saya berhenti sebab tak bagi kerja. Saya turutkan. Sepanjang perkahwinan, kami ada rumah bersama.

“Suami hanya sediakan keperluan lauk pauk sahaja. Keperluan makanan dia akan diasingkan. Saya dan anak-anak tak boleh sentuh langsung,” katanya.

Sepanjang 15 tahun perkahwinan, wanita itu mendakwa pakaiannya langsng tidak dibeli, jika ada pakaian baharu semuanya pemberian ahli keluarga kerana simpati.

“Duit gaji suami pula banyak dihabiskan pada basikal, kereta dan motosikal. Saya suri rumah dan berniaga dalam talian memandangkan saya perlukan duit.

“Tapi pendapatan tak menentu. Segala bil, keperluan sekolah, anak nak makan, semua saya yang kena keluarkan modal sendiri. Kalau terpaksa minta duit suami, dia suruh bayar balik,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri ego, rasa diri ‘terpaling’ betul sebab gaji besar… Suami banyak makan hati daripada bahagia, punah impian miliki pasangan manja

ARTIKEL BERKAITAN: Suami suruh isteri ‘resign’, kemudian cerai! Rupanya dah ada wanita lain menunggu, ibu mudah restu sebab bakal menantu berkarier

Malah, suaminya juga langsung tidak ambil tahu segala keperluan lain termasuk ubat-ubatan jika dia atau anak-anak sakit.

“Kalau balik rumah mak pula, saya kena bayar dia sebab tiada sesiapa nak uruskan makan pakai dia. Sepanjang perkahwinan pun dia tak pernah berjumpa ahli keluarga saya.

“Dia tak suka dan cakap dia tiada kena mengena pun dengan ahli keluarga saya. Kalau nak balik ke rumah mak pun dia tak kan hantar, adik beradik yang selalu ambil dan hantar semula,” katanya.

Sepatutnya dia yang tanggung makan minum keperluan anak isteri.

NETIZEN

Wanita itu memaklumkan kini dia dalam dilema kerana suaminya berkias-kias berbicara tentang hubungan mereka menyebabkan dia khuatir sudah terjatuh talak.

“Saya risau kalau jatuh (talak), saya tak bekerja tetap, anak-anak masih sekolah dan perkara ni sebenarnya dah banyak kali jadi tapi saya serba salah.

“Keluarga minta saya rujuk mahkamah sebab pejabat agama suruh berbincang lagi. Berbaik,” katanya.

Tambahnya antara lafaz yang keluar daripada mulut suaminya seperti, ‘kalau nak balik ke rumah ibu bapa, jangan balik terus ke rumah mereka berdua’.

“Saya penat sangat sebab baru lepas selesai majlis kahwin adik, dia pula macam biasa tak datang.

“Tiba-tiba tengah malam mesej ‘kalau kau tak balik juga malam ni, lepas raya kita berpisah’ dan saya tak balik juga,” katanya yang pasti suami dalam keadaan sedar ketika melafazkan kata-kata itu.

Reaksi netizen.

Reaksi netizen.

Perkongsian itu mendapat perhatian netizen dengan mereka meminta wanita itu merujuk pejabat agama dan mahkamah kerana khuatir sudah terjatuh talak.

“Puan rujuklah pejabat agama. Banyak lafaz kinayah (kiasan) yang suami buat. Rujuk pada yang pakar. Puan tak perlu takut dengan ugutan suami.

“Dari pemahaman saya, puan juga pernah bekerja dan bergaji lebih dari suami. Sekiranya penceraian berlaku, saya yakin puan boleh bangun semula,” kata beberapa warga maya.

Ada juga netizen yang menganggap wanita itu teraniaya justeru mereka menyarankannya supaya meninggalkan saja lelaki seperti itu.

“Awak ada keluarga, minta mereka bawa ke pejabat agama. Sana boleh tanya betul-betul, awak kena dibantu sebab dah lama kena aniaya.

“Kadang-kadang terpikir kerana sepinggan nasi kita menanggung dosa. Sedih sungguh, kita ni manusia. Ada kehendak.

“Kalau aku lama dah tinggal jantan macam tu. Sepatutnya dia yang tanggung makan minum keperluan anak isteri.

“Dah tu dia jadi suami untuk apa? Kalau kurang pasti rujuklah orang yang arif, pergilah pejabat agama,” demikian antara komen netizen.

Scroll to Top