RSS Suria

Suami minta duduk rumah, Intan Najuwa berehat tak ambil tawaran lakonan tahun ini

PELAKON Datin Intan Najuwa mengambil keputusan untuk memperlahankan kerjaya seni atas permintaan suaminya iaitu Datuk Ahmad Azraf Azman.

Kata Intan, 27, permintaan tersebut dibuat oleh suaminya kerana mahu meluangkan lebih banyak masa bersama di rumah.

“Malangnya saya tak akan buat apa-apa pengambaran untuk tahun ini, suami saya meminta saya untuk berehat sekejap.

Copy of Untitled (68)

Intan berkongsi perkara tersebut di InstaStory miliknya.

“Suami saya sangat manjakan saya dan nampaknya macam dia suka saya duduk rumah,” katanya dalam satu hantaran di InstaStory.

Jelasnya, fokus utama kini tertumpu kepada perniagaan dan perkahwinannya yang hampir menginjak usia setahun.

Malah, rutin hariannya kini berubah sepenuhnya kerana tidak lagi berdepan kesibukan di set pengambaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Daripada suka-suka bertukar minat, sukan berkuda erat hubungan Intan Najuwa dan suami

ARTIKEL BERKAITAN: Suami buat kejutan hantar 2 buah trak kuda di New Zealand, netizen cemburu Intan Najuwa dilayan bak puteri raja

“Buat masa sekarang saya hanya fokus untuk bisnes dan rumah tangga saya.

“Rutin harian saya hanya tidur, memasak, makan, bersenam, sesi kopi dan beli belah. Sangat productive!” jelasnya.

Untuk rekod, Intan sah bergelar isteri kepada Azraf dengan sekali lafaz yang diadakan di sebuah resort mewah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top